LG -K130Y User Manual page 83

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Apabila kenderaan anda dilengkapi beg udara, jangan halangnya
dengan kelengkapan wayarles yang dipasang atau yang mudah alih.
Ia mungkin tidak berfungsi atau menyebabkan kecederaan serius
disebabkan prestasi yang tidak betul.
Jika anda mendengar muzik ketika bergerak dan berjalan, sila pastikan
bahawa volum berada pada paras yang berpatutan agar anda sedar
akan keadaan di sekeliling anda. Ini khususnya amat penting jika anda
berdekatan jalan raya.
Elakkan kerosakkan ke pendengaran anda
Untuk mencegah kerosakan pendengaran, jangan mendengar pada
tahap volum yang tinggi untuk tempoh yang panjang.
Kerosakan kepada pendengaran anda boleh berlaku jika anda terdedah
kepada bunyi yang kuat untuk tempoh yang lama. Kami dengan ini
mengesyorkan agar anda tidak menghidupkan atau mematikan telefon
mudah alih berhampiran dengan telinga anda. Kami juga mengesyorkan
bahawa volum muzik dan panggilan ditetapkan pada paras yang
berpatutan.
Apabila menggunakan fon kepala, kurangkan volum jika anda tidak
dapat mendengar orang yang bercakap berdekatan dengan anda atau
jika orang yang duduk di sebelah anda dapat mendengar apa yang
sedang anda dengar.
NOTA
Tekanan bunyi yang melampau dari fon telinga dan fon kepala boleh
menyebabkan kehilangan pendengaran.
Bahagian Kaca
Beberapa bahagian peranti mudah alih anda dibuat daripada kaca. Kaca ini
akan retak atau pecah jika telefon anda terjatuh ke atas permukaan yang
keras atau menerima impak yang kuat. Jika kacanya pecah, jangan sentuh
atau cuba untuk menanggalkannya. Berhenti menggunakan peranti mudah
alih anda sehingga kaca diganti oleh pembekal khidmat yang diluluskan.
10

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Lgk130y.aseakuLgk130y.aseawh

Table of Contents