LG -K130Y User Manual page 81

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Jangan biarkan unit ini terdedah kepada getaran mekanikal atau
kejutan.
Matikan telefon di mana-mana tempat yang memerlukan anda
berbuat demikian oleh undang-undang khas. Contohnya, jangan
gunakan telefon di hospital kerana ia mungkin mengganggu peralatan
hospital yang sensitif.
Jangan kendalikan telefon dengan tangan yang basah semasa telefon
sedang dicas. Ia boleh menyebabkan terjadinya renjatan elektrik dan
telefon mungkin akan rosak teruk.
Jangan cas telefon bimbit berhampiran bahan yang mudah terbakar
kerana telefon bimbit akan menjadi panas dan boleh menyebabkan
bahaya kebakaran.
Gunakan kain yang kering untuk membersihkan bahagian luar unit ini
(jangan gunakan pelarut seperti benzena, pencair atau alkohol).
Jangan cas telefon di atas perabot yang lembut.
Telefon hendaklah dicas di kawasan berpengudaraan baik.
Jangan dedahkan unit ini kepada asap atau habuk yang berlebihan.
Jangan simpan telefon di sebelah kad kredit atau tiket pengangkutan;
ia boleh menjejaskan maklumat pada jalur magnetik.
Jangan ketik skrin dengan objek yang tajam kerana ia boleh
merosakkan telefon.
Jangan dedahkan telefon kepada cecair atau kelembapan.
Guna aksesori seperti fon telinga dengan berhati-hati. Jangan sentuh
antena jika tidak diperlukan.
Jangan gunakan, sentuh atau cuba untuk mengeluarkan atau
membaiki kaca yang pecah, sumbing atau retak. Kerosakan pada
paparan kaca kerana ia disia-siakan dan disalahgunakan adalah tidak
diliputi oleh waranti ini.
Telefon anda adalah peranti elektronik yang menjana haba pada
penggunaan biasa. Sentuhan langsung dengan kulit dalam tempoh
yang berpanjangan dalam keadaan pengudaraan tidak mencukupi
mungkin akan mengakibatkan ketidakselesaan atau melecur sedikit.
Oleh itu, anda hendaklah berjaga-jaga apabila mengendalikan telefon
anda atau betul-betul selepas menggunakannya.
8

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Lgk130y.aseakuLgk130y.aseawh

Table of Contents