Amaran Keselamatan; Arahan Keselamatan Penting - Makita ML007G Instruction Manual

Cordless flashlight
Hide thumbs Also See for ML007G:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Simbol
Berikut menunjukkan simbol-simbol yang digunakan
untuk alat ini. Pastikan anda memahami maksudnya
sebelum menggunakan.
• Baca manual arahan
• Penggunaan dalam bangunan sahaja
• Hanya untuk negara-negara EU
Ni-
MH
Sisa peralatan elektrik dan elektronik,
Li-ion
akumulator dan bateri mungkin memberikan
kesan negatif terhadap alam sekitar
dan kesihatan manusia kerana adanya
komponen yang berbahaya.
Jangan buang peralatan elektrik atau
elektronik atau bateri bersama dengan
buangan isi rumah!
Sesuai dengan Arahan Eropah mengenai
sisa peralatan elektrik dan elektronik,
akumulator dan bateri, serta sisa akumulator
dan bateri, dan penyesuaiannya menurut
undang-undang nasional, sisa peralatan
elektrik, bateri dan akumulator harus
disimpan secara berasingan dan dikirim ke
tempat pengumpulan sampah kota yang
terpisah, dan dilupuskan sesuai dengan
peraturan perlindungan alam sekitar.
Ini ditunjukkan dengan simbol sebuah
tong sampah diberikan tanda silang yang
diletakkan pada peralatan.
• Sinaran Optik (UV dan IR).
Minimumkan pendedahan pada mata atau
kulit.
• Jangan renung pada lampu yang beroperasi.
• Gunakan pengadang atau pelindung mata
yang betul.
• Sila gunakan dengan berhati-hati dan penuh
perhatian!
AMARAN
KESELAMATAN
ARAHAN KESELAMATAN
PENTING
AMARAN: Semasa menggunakan alat
elektrik, langkah berjaga-jaga keselamatan asas
harus sentiasa diikuti untuk mengurangkan
risiko kebakaran, kejutan elektrik dan
kecederaan peribadi, termasuk yang berikut:
BACA SEMUA ARAHAN.
1. Jangan melihat terus ke dalam lampu atau jangan
dedahkan lampu pada mata. Mata boleh rosak.
2. Jangan tutup lampu dengan kain atau kadbod, dll.
Jika tidak, ia boleh menyebabkan nyalaan api.
3. Alat ini tidak kalis air. Jangan gunakan ia di lokasi
yang lembap atau basah. Jangan dedahkan ia
kepada hujan atau salji. Jangan basuh ia di dalam air.
4. Jangan sentuh bahagian dalam alat dengan penyepit
kecil, alat logam, dll.
5. Apabila alat tidak digunakan, sentiasa matikan dan
tanggalkan kartrij bateri daripada alat.
6. Jangan kenakan kejutan pada alat dengan
menjatuhkan, memukul, dll.
7. Maklumat keselamatan untuk lampu elektrik mudah
alih dengan bateri.
• Pelupusan bateri harus menurut peraturan setempat
anda yang khusus untuk pelupusan bahan berbahaya.
• Jangan bakar bateri.
8. Maklumat tambahan untuk lampu elektrik.
• Sumber cahaya sistem lampu ini tidak boleh diganti.
Seluruh sistem lampu hendaklah diganti apabila hayat
sumber cahaya berakhir.
9. Penggunaan dan penjagaan alat bateri.
• AMARAN: Baca semua amaran dan arahan
keselamatan. Kegagalan mematuhi amaran dan
arahan boleh mengakibatkan renjatan elektrik,
kebakaran dan/atau kecederaan serius.
• Elakkan permulaan yang tidak disengajakan. Pastikan
suis dalam keadaan tutup sebelum menyambung
kepada pek bateri, semasa mengangkat atau
membawa alat. Membawa alat dengan jari anda
pada suis atau mentenagakan alat dengan suis pada
kedudukan hidup mengundang kemalangan.
• Putuskan sambungan pek bateri daripada alat
sebelum melakukan sebarang pelarasan, penukaran
aksesori atau penyimpanan alat. Langkah-langkah
keselamatan pencegahan sedemikian mengurangkan
risiko memulakan alat secara tidak sengaja.
• Cas semula dengan pengecas yang ditentukan oleh
pengeluar sahaja. Pengecas yang sesuai untuk
satu jenis pek bateri mungkin menimbulkan risiko
kebakaran apabila digunakan dengan pek bateri lain.
• Gunakan alat dengan pek bateri yang ditentukan
secara khusus sahaja. Penggunaan mana-mana pek
bateri lain mungkin menimbulkan risiko kecederaan
dan kebakaran.
24 Bahasa Melayu

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents