Download Print this page

Bahasa Melayu - Makita M4100 Instruction Manual

Hide thumbs Also See for M4100:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
3.
Jangan dedahkan alat kuasa kepada hujan
atau keadaan basah. Air yang memasuki alat
kuasa akan meningkatkan risiko kejutan elektrik.
4.
Jangan salahgunakan kord. Jangan gunakan
kord untuk membawa, menarik atau mencabut
alat kuasa. Jauhkan kord dari haba, minyak,
bucu tajam atau bahagian yang bergerak. Kord
yang rosak atau tersimpul meningkatkan risiko
kejutan elektrik.
Semasa mengendalikan alat kuasa di luar,
5.
gunakan kord sambungan yang bersesuaian
untuk kegunaan luar. Penggunaan kord yang
sesuai untuk kegunaan luar mengurangkan risiko
kejutan elektrik.
6.
Sekiranya pengendalian alat kuasa di lokasi
lembap tidak dapat dielakkan, gunakan
bekalan peranti arus sisa (Residual Current
Device "RCD") yang dilindungi. Penggunaan
RCD mengurangkan risiko kejutan elektrik.
7.
Penggunaan bekalan kuasa melalui RCD
dengan arus sisa yang bernilai 30 mA atau
kurang sentiasa disyorkan.
Keselamatan Diri
1.
Sentiasa berwaspada, perhatikan apa yang
anda lakukan dan guna akal fikiran semasa
mengendalikan alat kuasa. Jangan gunakan
alat kuasa semasa anda letih atau di bawah
pengaruh dadah, alkohol atau ubat. Tidak
memberi tumpuan walaupun seketika semasa
mengendalikan alat kuasa boleh mengakibatkan
kecederaan diri yang serius.
2.
Gunakan peralatan pelindung diri. Sentiasa
pakai pelindung mata. Peralatan pelindung
seperti topeng debu, kasut keselamatan tidak
tergelincir, topi keselamatan atau pelindung
pendengaran yang digunakan untuk keadaan
yang sesuai akan mengurangkan kecederaan diri.
3.
Elakkan permulaan yang tidak disengajakan.
Pastikan suis ditutup sebelum menyambung
kepada sumber kuasa dan/atau pek bateri,
semasa mengangkat atau membawa alat.
Membawa alat kuasa dengan jari anda pada suis
atau alat kuasa dengan suis pada kedudukan
hidup mengundang kemalangan.
4.
Alihkan sebarang kunci atau sepana
penyesuaian sebelum menghidupkan alat
kuasa. Sepana atau kunci yang ditinggalkan
pada bahagian berputar alat kuasa boleh
mengakibatkan kecederaan diri.
5.
Jangan terlalu mencapai. Pastikan kedudukan
memijak dan keseimbangan yang betul pada
setiap masa. Ini membolehkan kawalan alat
kuasa yang lebih baik dalam situasi yang tidak
dijangka.
Berpakaian dengan betul. Jangan pakai
6.
pakaian yang longgar atau barang kemas.
Jauhkan rambut, pakaian, dan sarung tangan
anda dari bahagian yang bergerak. Pakaian
longgar, barang kemas atau rambut yang panjang
boleh terperangkap dalam bahagian yang
bergerak.
7.
Jika peranti disediakan untuk sambungan
kemudahan pengekstrakan dan pengumpulan
habuk, pastikan ia disambung dan digunakan
dengan betul. Penggunaan pengumpulan habuk
boleh mengurangkan bahaya berkaitan habuk.
Penggunaan dan penjagaan alat kuasa
Jangan gunakan alat kuasa dengan kasar.
1.
Gunakan alat kuasa yang betul untuk
penggunaan anda. Alat kuasa yang betul akan
melakukan tugas dengan lebih baik dan lebih
selamat pada kadar mana ia direka cipta.
2.
Jangan gunakan alat kuasa jika suis
tidak berfungsi untuk menghidupkan dan
mematikannya. Alat kuasa yang tidak dapat
dikawal dengan suis adalah berbahaya dan mesti
dibaiki.
3.
Cabut palam dari sumber kuasa dan/atau
pek bateri dari alat kuasa sebelum membuat
sebarang pelarasan, menukar aksesori,
atau menyimpan alat kuasa. Langkah-
langkah keselamatan pencegahan sedemikian
mengurangkan risiko memulakan alat kuasa
secara tidak sengaja.
Simpan alat kuasa yang tidak digunakan
4.
jauh dari jangkauan kanak-kanak dan jangan
biarkan orang yang tidak biasa dengan alat
kuasa atau arahan ini mengendalikan alat
kuasa. Alat kuasa adalah berbahaya di tangan
pengguna yang tidak terlatih.
5.
Menyelenggara alat kuasa. Periksa salah
jajaran atau ikatan pada bahagian yang
bergerak, bahagian yang rosak dan apa-apa
keadaan lain yang boleh menjejaskan operasi
alat kuasa. Sekiranya rosak, baiki alat kuasa
sebelum digunakan. Kebanyakan kemalangan
adalah disebabkan oleh alat kuasa yang tidak
dijaga dengan baik.
6.
Pastikan alat pemotong tajam dan bersih.
Alat pemotong yang dijaga dengan betul dengan
hujung pemotong yang tajam mempunyai
kemungkinan yang rendah untuk terikat dan lebih
mudah dikendalikan.
7.
Gunakan alat kuasa, aksesori dan alat bit
dan sebagainya mengikut arahan ini dengan
mengambil kira keadaan kerja dan kerja yang
perlu dilakukan. Penggunaan alat kuasa untuk
operasi yang berbeza dari yang dimaksudkan
boleh menyebabkan keadaan berbahaya.
Servis
Pastikan alat kuasa anda diservis oleh
1.
orang yang berkelayakan dengan hanya
menggunakan alat ganti yang sama. Ini akan
memastikan keselamatan alat kuasa dapat
dikekalkan.
2.
Ikut arahan untuk melincir dan menukar
aksesori.
3.
Pastikan pemegang sentiasa kering, bersih
dan bebas dari minyak dan gris.

21 BAHASA MELAYU

Advertisement

loading