Makita KP001G Instruction Manual page 66

Hide thumbs Also See for KP001G:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Menunjukkan kapasiti bateri yang
tinggal
Tekan butang semak pada kartrij bateri untuk
menunjukkan kapasiti bateri yang tinggal. Lampu
penunjuk menyala untuk beberapa saat.
► Rajah2: 1. Lampu penunjuk 2. Butang semak
Lampu penunjuk
Dinyalakan
Mati
NOTA: Bergantung kepada keadaan penggunaan
dan suhu persekitaran, penunjuk mungkin berbeza
sedikit daripada kapasiti sebenar.
NOTA: Lampu penunjuk (kiri jauh) pertama akan
berkedip apabila sistem perlindungan bateri
berfungsi.
Melaraskan kedalaman potongan
PERHATIAN:
Sentiasa matikan dan tunggu
sehingga bilah berhenti sepenuhnya sebelum
melaraskan kedalaman potongan.
NOTA: Apabila memutarkan tombol pelarasan
kedalaman, pastikan untuk memegang pemegang
dengan kuat dengan tangan yang lain.
Kedalaman potongan boleh dilaraskan dengan
memutarkan tombol pelarasan kedalaman di bahagian
hadapan alat. Putarkan tombol untuk menjajarkan
penunjuk dengan kedalaman potongan yang anda
kehendaki pada skala kedalaman.
► Rajah3: 1. Tombol pelarasan kedalaman
2. Penunjuk 3. Skala kedalaman
Kapasiti
yang tinggal
Berkelip
75% hingga
100%
50% hingga
75%
25% hingga
50%
0% hingga
25%
Cas bateri.
Bateri
mungkin
telah
rosak.
Tindakan suis
AMARAN:
Sebelum memasang kartrij bateri
ke dalam alat, sentiasa periksa untuk melihat
pemicu suis bergerak dengan betul dan kembali
ke posisi "OFF" apabila dilepaskan.
AMARAN:
JANGAN SEKALI-KALI gagalkan
butang buka kunci dengan mengetuk atau dengan
cara yang lain. Suis dengan butang buka kunci yang
tidak berfungsi mungkin menyebabkan operasi yang
tidak disengajakan dan kecederaan diri yang serius.
AMARAN:
JANGAN SEKALI-KALI gunakan
alat jika ia berjalan apabila anda hanya menarik
pemicu suis tanpa menekan butang buka kunci.
Suis yang perlu dibaiki mungkin menyebabkan
operasi yang tidak disengajakan dan kecederaan diri
yang serius. Kembalikan alat kepada pusat servis
Makita untuk pembaikan yang betul SEBELUM
penggunaan seterusnya.
NOTIS:
Jangan tarik pemicu suis dengan kuat
tanpa menekan butang buka kunci. Ini akan
menyebabkan suis pecah.
Untuk mengelakkan pemicu suis daripada ditarik
secara tidak sengaja, butang kunci disediakan. Untuk
memulakan alat, tekan dan tahan butang buka kunci
dan kemudian tarik pemicu suis. Lepaskan pemicu suis
untuk berhenti.
► Rajah4: 1. Pemicu suis 2. Butang buka kunci
Kaki
Kaki keluar daripada tapak belakang semasa anda
mengangkat alat daripada permukaan kerja untuk
mengelakkan bilah pengetam menyentuh bahan kerja
secara langsung. Ia mengelakkan bilah pengetam
daripada rosak dengan tidak sengaja apabila tidak
digunakan.
Kaki melantun semula ke dalam tapak belakang setiap
kali anda meletakkan tapak alat di atas permukaan
kerja.
► Rajah5: 1. Bilah pengetam 2. Tapak belakang
3. Kaki 4. Permukaan kerja
Fungsi pencegahan mula semula
secara tidak sengaja
Jika anda memasang kartrij bateri semasa menarik
pemicu suis, alat tidak akan bermula. Untuk memulakan
alat, lepaskan pemicu suis dan kemudian tarik pemicu
suis semula semasa menekan butang buka kunci.
Fungsi elektronik
Alat ini dilengkapi dengan fungsi elektronik berikut
untuk memudahkan operasi.
Brek elektrik
Alat ini dilengkapi dengan brek elektrik. Jika alat secara
konsisten gagal untuk berhenti selepas melepaskan
pemicu suis, hantar alat ke Pusat Servis Makita
tempatan.
66 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents