Download Print this page

Cara Penggunaan - Panasonic NI-GT500 Operating Instructions Manual

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

Cara penggunaan

Penggunaan pertama
1. Tanggalkan label pada produk.
2. Tetapkan butang pelarasan paras (untuk NI-GT500
sahaja) / pemilih suhu (untuk NI-GT200 sahaja) bagi
seterika dengan mengikuti arahan "Penyeterikaan stim"
dan kemudian gosok pakaian basah selama beberapa
minit untuk membersihkan sisa dari plat tapak.
54
NI-GT500 series-03 MY.indd 9
Nota:
a. Bila anda menggunakan produk buat kali pertama,
anda mungkin menghidu bau. Bau tersebut akan
hilang secara semula jadi selepas produk digunakan
selama beberapa kali. Yakinlah.
b. Bila produk digunakan buat kali pertama, sedikit
partikel mungkin muncul pada plat tapak. Ini adalah
perkara biasa. Partikel tersebut tidak berbahaya dan
akan hilang selepas beberapa ketika.
c. Bila produk dihidupkan, bunyi mungkin didengari, iaitu
bunyi pengepaman oleh pam air. Ini adalah perkara
biasa.
d. Semasa pemanasan plat tapak, beberapa titisan air
mungkin terus menitis kira-kira selama 3 saat. Ini
adalah perkara biasa.
e. Selepas penggunaan pertama, sedikit air pemeluwapan
mungkin muncul dalam hos berkord. Bila produk
digunakan lain kali, air pemeluwapan akan dikeluarkan
bersama-sama dengan stim bila stim dikeluarkan dari
plat tapak, yang akan berterusan beberapa saat. Ini
adalah perkara biasa.
f. Bila mengeluarkan tangki air dari tapak kuasa, anda
akan melihat beberapa titis air pada kedudukan di
tempat tangki air dipasang pada tapak kuasa. Ini
adalah perkara biasa.
Arahan pengendalian
Produk ini telah direka untuk penyeterikaan kering dan
penyeterikaan stim.
• Penyeterikaan kering
1. Letakkan seterika pada pelapik penebatan haba tapak
kuasa.
2. Sambungkan bekalan kuasa. Kemudian satu bip berbunyi.
3. Tekan butang kuasa. Kemudian penunjuk kuasa menyala.
4.1 Untuk NI-GT500 sahaja:
Tekan butang pelarasan paras untuk menetapkan paras
mengikut bahan pakaian (Lihat bahagian "Cadangan
fabrik dan penyeterikaan"). Penunjuk paras berkenaan
dan penunjuk paras stim eko mula berkelip dan produk
mula memanas. Bila seterika selesai memanas, penunjuk
paras akan menjadi stabil daripada berkelip. Keadaan
ini menandakan bahawa anda boleh memulakan
penyeterikaan kering.
4.2 Untuk NI-GT200 sahaja:
Pusing pemilih suhu untuk menetapkan paras mengikut
bahan pakaian (Lihat bahagian "Cadangan fabrik dan
penyeterikaan"). Penunjuk paras dihidupkan, penunjuk
paras stim eko mula berkelip dan produk mula memanas.
Selepas seterika selesai memanas, penunjuk termostat
dimatikan. Keadaan ini menandakan bahawa anda boleh
memulakan penyeterikaan kering.
• Penyeterikaan stim
1. Letakkan tapak kuasa di atas permukaan yang stabil.
2. Keluarkan tangki air dan suntik air melalui salur masuk air.
Penggunaan air tulen dengan kandungan mineral yang
sedikit adalah dicadangkan. Kapasiti maksimum tangki air
adalah 1.8 L. Sila pastikan tanda paras air "MAX" tidak
dilebihi. Kemudian lekatkan tangki air di atas tapak kuasa
dengan betul. Tekannya sehingga terdengar bunyi klik.
3. Letakkan seterika pada pelapik penebatan haba tapak
kuasa.
4.1 Untuk NI-GT500 sahaja:
1 Sambungkan bekalan kuasa dan tekan butang kuasa.
Kemudian penunjuk kuasa dihidupkan. Tekan butang
pelarasan paras untuk menetapkan paras mengikut
bahan pakaian (Lihat bahagian "Cadangan fabrik
dan penyeterikaan"). Penunjuk paras berkenaan dan
penunjuk paras stim eko mula berkelip dan produk mula
memanas.
2 Tunggu kira-kira 2 minit sehingga penunjuk paras
menjadi stabil daripada berkelip, yang menandakan
bahawa plat tapak selesai memanas. Kira-kira 3
minit kemudian, penunjuk paras stim menjadi stabil
daripada berkelip, yang menandakan bahawa tapak
kuasa selesai memanas. Kemudian, anda boleh
menekan butang stim untuk menggunakan stim untuk
menggosok.
∙ Air boleh bocor bila seterika menyembur stim pada
permulaan. Sila tekan butang pelarasan paras stim
untuk menetapkan paras stim kepada "QUICK CARE"
atau letakkan seterika di atas tapak kuasa kira-kira
selama 15 saat.
2021/8/20 14:38:21
55

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Ni-gt200Ni-gt500nsk