Download Print this page

Panasonic NI-GT500 Operating Instructions Manual page 24

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
AMARAN
Produk ini tidak boleh digunakan oleh individu
(termasuk kanak-kanak) dengan kekurangan
keupayaan fizikal, deria atau mental, atau
kekurangan pengalaman dan pengetahuan,
melainkan mereka telah diberikan penyeliaan
atau arahan berkaitan penggunaan produk
oleh individu yang bertanggungjawab terhadap
keselamatan mereka. Kanak-kanak perlu
dipantau untuk memastikan mereka tidak
bermain dengan produk ini.
- Kegagalan untuk melakukannya boleh
mengakibatkan kemalangan atau kecederaan.
Segera hentikan dan cabut palam kuasa jika
berlaku ketaknormalan atau kepincangan tugas.
- Menggunakannya dalam keadaan sedemikian
boleh menyebabkan kebakaran, kejutan
elektrik, atau kecederaan.
<Kes ketaknormalan atau kepincangan tugas>
• Kod kuasa rosak (seperti merekah, atau wayar
teras terdedah).
• Badan utama, kord kuasa atau palam kuasa
panas luar biasa, berubah bentuk atau
berubah warna.
• Produk tidak dapat dihidupkan sekali-sekala
selepas kord kuasa dialihkan.
• Palam kuasa atau kord kuasa bau terbakar.
- Segera minta pemeriksaan atau baik pulih di pusat
servis yang sah.
46
NI-GT500 series-03 MY.indd 5
Jika kord kuasa rosak, ia mesti digantikan oleh
pengilang, pusat servis atau orang berkelayakan
seumpamanya bagi menghindari sebarang
bahaya.
- Kegagalan untuk melakukannya boleh
mengakibatkan kemalangan atau kecederaan.
Pastikan tangki air dikeluarkan bila menambah
air; pastikan memasang tangki air di tempatnya
bila memasangnya kembali ke tapak kuasa.
- Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan
kejutan elektrik.
Seterika hendaklah diletakkan dengan betul di
atas tapak kuasa dan tapak kuasa hendaklah
diletakkan di atas permukaan rata dan kukuh.
Apabila produk ini digunakan sebagai seterika
stim melintang, seterika hendaklah digunakan di
atas permukaan yang rata dan kukuh.
- Seterika mungkin tercalar, malah kecederaan atau
kelecuran boleh berlaku sekiranya seterika terjatuh.
PERINGATAN
Jangan masukkan pin atau jarum ke dalam
seterika atau menggunakannya pada pakaian
dengan jarum menjahit atau seumpamanya.
- Melakukannya boleh mengakibatkan kejutan
elektrik atau kecederaan.
Jangan letakkan plat tapak terlalu hampir
dengan anda atau orang lain kerana stim boleh
secara tidak diduga meruap keluar darinya.
- Melakukannya boleh mengakibatkan kelecuran
atau kecederaan.
PERINGATAN
Jangan gunakan produk selain dengan fabrik.
- Kegagalan untuk melakukannya boleh
mengakibatkan kerosakan.
Jangan simpan seterika sehingga ia telah sejuk
sepenuhnya.
- Melakukannya boleh mengakibatkan kelecuran.
Jangan keluarkan tangki air semasa anda
menggunakan produk.
- Melakukannya boleh menyebabkan kebocoran air.
Jangan simpan produk dalam keadaan kord
kuasa terpintal.
- Melakukannya boleh menyebabkan kerosakan
kepada wayar kord kuasa dan boleh
menyebabkan kelecuran, kejutan elektrik atau
kebakaran disebabkan oleh litar pintas.
Jangan tambah pewangi, cuka, kanji, agen
penyahkerak, bahan bantu penyeterikaan atau
bahan kimia lain dalam tangki air. Sila guna air
tulen suhu bilik sahaja atau air suling dalam
produk ini.
- Jika tidak pakaian mungkin kotor atau berubah
warna.
Jangan gunakan apa-apa aksesori seterika yang
terdapat di pasaran.
- Melakukannya boleh menyebabkan pakaian
terbakar atau rosak disebabkan oleh pengendalian
yang salah.
Jangan gunakan produk berhampiran dinding
atau perabot yang tidak boleh menahan suhu
atau kelembapan yang tinggi.
- Berbuat demikian boleh merosakkan dinding atau
perabot.
Jangan alihkan atau angkat tapak kuasa dengan
menarik hos berkord.
- Berbuat demikian boleh merosakkan hos berkord,
dengan itu mengakibatkan kejutan elektrik atau
kebakaran.
Jangan guna stim bila memakai sarung tangan
yang boleh ditembusi oleh stim.
- Melakukannya boleh mengakibatkan kelecuran.
Jangan gunakan produk dengan hos berkord
dimampatkan dan tersumbat.
- Jika tidak air panas akan keluar dari tapak kuasa
dan seterusnya merosakkan lantai dan karpet atau
mengakibatkan kelecuran.
Jangan guna produk bila hos berkord atau kord
kuasa terbelit.
- Berbuat demikian boleh merosakkan hos berkord,
dengan itu mengakibatkan kejutan elektrik atau
kebakaran.
47
2021/8/20 14:38:18

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Ni-gt200Ni-gt500nsk