LG G5 Quick Start Manual page 19

Hide thumbs Also See for G5:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

• Matikan telefon di mana-mana tempat yang memerlukan anda berbuat demikian oleh undang-undang
khas. contohnya, jangan gunakan telefon di hospital kerana ia mungkin mengganggu peralatan hospital
yang sensitif.
• Jangan kendalikan telefon dengan tangan yang basah semasa telefon sedang dicas. Ia boleh menyebabkan
terjadinya renjatan elektrik dan telefon mungkin akan rosak teruk.
• Jangan cas telefon bimbit berhampiran bahan yang mudah terbakar kerana telefon bimbit akan menjadi
panas dan boleh menyebabkan bahaya kebakaran.
• Gunakan kain yang kering untuk membersihkan bahagian luar unit ini (jangan gunakan pelarut seperti
benzena, pencair atau alkohol).
• Jangan cas telefon di atas perabot yang lembut.
• telefon hendaklah dicas di kawasan berpengudaraan baik.
• Jangan dedahkan unit ini kepada asap atau habuk yang berlebihan.
• Jangan simpan telefon di sebelah kad kredit atau tiket pengangkutan; ia boleh menjejaskan maklumat
pada jalur magnetik.
• Jangan ketik skrin dengan objek yang tajam kerana ia boleh merosakkan telefon.
• Jangan dedahkan telefon kepada cecair atau kelembapan.
• Guna aksesori seperti fon telinga dengan berhati-hati. Jangan sentuh antena jika tidak diperlukan.
• Jangan gunakan, sentuh atau cuba untuk mengeluarkan atau membaiki kaca yang pecah, sumbing atau
retak. kerosakan pada paparan kaca kerana ia disia-siakan dan disalahgunakan adalah tidak diliputi oleh
waranti ini.
• telefon anda adalah peranti elektronik yang menjana haba pada penggunaan biasa. Sentuhan langsung
dengan kulit dalam tempoh yang berpanjangan dalam keadaan pengudaraan tidak mencukupi mungkin
akan mengakibatkan ketidakselesaan atau melecur sedikit. Oleh itu, anda hendaklah berjaga-jaga apabila
mengendalikan telefon anda atau betul-betul selepas menggunakannya.
• Jika telefon anda basah, tanggalkan plag dengan serta merta untuk mengeringkan ia sepenuhnya. Jangan
cuba untuk mempercepatkan proses mengering dengan sumber pemanasan luaran, seperti ketuhar, ketuhar
gelombang mikro atau pengering rambut.
• cecair dalam telefon basah anda mengubah warna label produk dalam telefon anda. kerosakan pada peranti
anda akibat pendedahan kepada cecair tidak diliputi oleh waranti anda.
Operasi telefon berkesan
Peranti elektronik
Semua telefon mudah alih mungkin mendapat gangguan, yang boleh menjejaskan prestasi.
• Jangan gunakan telefon mudah alih anda berhampiran kelengkapan perubatan tanpa meminta kebenaran.
Elakkan meletak telefon di atas perentak jantung, contohnya, di dalam poket dada anda.
• Sesetengah alat bantu pendengaran mungkin diganggu oleh telefon mudah alih.
• Sedikit gangguan mungkin boleh menjejaskan tV, radio, Pc, dsb.
• Guna telefon anda dalam suhu di antara 0 ºC dan 35 ºC, jika boleh. Mendedahkan telefon anda kepada
suhu yang terlampau rendah atau tinggi akan mengakibatkan kerosakan, malfungsi atau letupan.
Keselamatan jalan
Semak undang-undang dan peraturan mengenai penggunaan telefon mudah alih di kawasan tempat anda
memandu.
• Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa memandu.
• Beri perhatian penuh kepada pemanduan anda.
• Pergi ke tepi jalan dan letak kereta sebelum membuat atau menjawab panggilan jika keadaan pemanduan
memerlukan anda berbuat demikian.
• tenaga rF mungkin menjejaskan sesetengah sistem elektronik di dalam kenderaan anda seperti stereo
kereta dan kelengkapan keselamatan.
• Apabila kenderaan anda dilengkapi beg udara, jangan halangnya dengan kelengkapan wayarles yang
dipasang atau yang mudah alih. Ia mungkin tidak berfungsi atau menyebabkan kecederaan serius
disebabkan prestasi yang tidak betul.
7

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents