Midea MBL-25PK User Manual page 11

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

KANduNGAN BuNGKuSAN
1. Baca dengan teliti dan simpan semua arahan yang dibekalkan bersama-
sama dengan peralatan ini.
2. Sentiasa gunakan peralatan anda dari salur keluar kuasa voltan (A.C.
sahaja) yang bertanda pada peralatan.
3. Peralatan ini direka untuk kegunaan di rumah sahaja.
4. Jangan tarik kord sambungan, sebaliknya tarik palam untuk memisahkan
peralatan daripada sesalur.
5. Jangan gunakan di luar bangunan.
6. Jangan tinggalkan peralatan tanpa pengawasan bila ia dihidupkan, kerana
ini mungkin sumber bahaya.
7. Dirikan peralatan di atas meja atau permukaan rata.
8. Jika kord bekalan rosak, ia mesti digantikan oleh pengeluar, ejen servisnya
atau individu berkelayakan yang seumpamanya supaya dapat mengelakkan
bahaya.
9. Jangan kendalikan selama lebih daripada 2 minit. Pastikan berehat 1 minit
di antara setiap kitaran.
10. Elakkan menyentuh bahagian yang bergerak.
11. Jangan kisar bahan panas.
12. Pastikan dail kawalan dalam kedudukan tutup '0' sebelum memasukkan
palam.
13. Matikan kuasa dan cabut palam bila peralatan tidak digunakan dan
sebelum pencucian.
14. Jangan gunakan peralatan anda dengan kord sambungan melainkan kord
ini telah diperiksa dan diuji oleh juruteknik yang berkelayakan atau ejen
servis.
15. Jangan gunakan peralatan untuk sebarang tujuan selain daripada
kegunaan yang dicadangkan.
16. Jangan letakkan peralatan di atas atau berhampiran nyalaan gas panas,
unsur elektrik atau di atas ketuhar yang panas. Jangan letakkan peralatan
di atas mana-mana peralatan lain.
17. Jangan biarkan kord kuasa peralatan tergantung di atas tepi meja atau
bahagian atas bangku atau menyentuh mana-mana permukaan panas.
18. Jangan kendalikan mana-mana peralatan elektrik dengan kord yang rosak
atau selepas peralatan jatuh atau rosak dalam apa jua keadaan.
19. Jangan rendam peralatan dalam air atau sebarang cecair lain.
20. Berhati-hati bila mengendalikan bila pemotongan yang tajam,
mengosongkan mangkuk dan semasa pencucian.
21. Pencucian dan penyelenggaraan pengguna tidak boleh dilakukan oleh
kanak-kanak tanpa pengawasan.
8

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Mbl-25gn

Table of Contents