Makita DKT360 Instruction Manual page 49

Cordless kettle
Hide thumbs Also See for DKT360:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
BAHASA MELAYU (Arahan asal)
AMARAN
Bagi pengguna di Eropah:
Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berumur 8 tahun ke atas jika mereka telah diberi
pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan alat ini secara selamat dan memahami bahaya
yang terlibat. Pembersihan dan penyelenggaraan pengguna tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak
melainkan mereka berumur 8 tahun ke atas dan diselia. Jauhkan alat dan kord alat daripada jangkauan
kanak-kanak berumur kurang daripada 8 tahun.
Alat ini boleh digunakan oleh orang yang kekurangan keupayaan fizikal, deria atau mental atau
kurang pengalaman dan pengetahuan jika mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan
penggunaan alat ini secara selamat dan memahami bahaya yang terlibat.
Kanak-kanak tidak boleh bermain dengan alat ini.
Bagi pengguna di kawasan selain Eropah:
Alat ini tidak bertujuan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang mempunyai
kekurangan fizikal, deria atau kebolehan mental, atau kurang pengalaman dan pengetahuan,
melainkan mereka telah diberikan penyeliaan dan arahan berkenaan penggunaan alat oleh orang yang
bertanggungjawab ke atas keselamatan mereka. Kanak-kanak harus diselia untuk memastikan mereka
tidak bermain dengan alat ini.
Lihat bab "PENYELENGGARAAN" untuk mendapatkan butiran langkah berjaga-jaga yang sesuai
semasa penyelenggaraan pengguna.
Lihat bab "SPESIFIKASI" untuk rujukan jenis bateri.
Lihat bahagian "Memasang atau mengeluarkan kartrij bateri" untuk cara mengeluarkan atau memasang
bateri.
Apabila melupuskan kartrij bateri, keluarkan ia daripada alat dan lupuskan ia di tempat selamat. Ikut
peraturan tempatan anda mengenai pelupusan bateri.
Jika alat tidak digunakan untuk tempoh masa yang lama, bateri mesti dikeluarkan daripada alat.
Jangan pintaskan kartrij bateri.
Alat ini bertujuan untuk digunakan di dalam rumah atau penggunaan yang serupa:
kawasan dapur kakitangan di kedai, pejabat dan persekitaran kerja lain;
rumah ladang;
oleh klien di hotel, motel dan persekitaran jenis kediaman lain;
persekitaran jenis inap sarapan.
Untuk melindungi daripada kebakaran, renjatan elektrik, jangan rendam alat dan bateri di dalam air atau
di dalam sebarang cecair lain.
Jangan terlebih isi air di dalam alat. Air yang mendidih boleh terkeluar dan menyebabkan kecederaan
lecur.
AMARAN: Jangan tanggalkan tudung ketika air sedang mendidih.
Alat ini beroperasi menggunakan bateri dan bateri dicas di luar alat.
Bateri boleh dicas semula perlu dikeluarkan daripada alat sebelum dicas.
Bateri perlu dimasukkan dengan kekutuban yang betul.
Bateri yang telah kehabisan perlu dikeluarkan daripada alat dan dilupuskan dengan selamat.
Elakkan sebarang tumpahan cecair pada penyambung bekalan kuasa atau terminal bateri.
Alat ini ialah cerek air untuk mendidihkan air dan berpotensi menyebabkan kecederaan akibat salah
guna.
49 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents