Download Print this page

Huawei Sound Joy Quick Start Manual page 39

Hide thumbs Also See for Sound Joy:

Advertisement

• Label produk terletak di bahagian bawah produk.
Maklumat pelupusan dan kitar semula
Simbol pada produk, bateri, risalah atau pembungkusan bermakna
produk dan bateri perlu dibawa ke pusat pengumpulan sisa berasingan
yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan pada akhir jangka hayat.
Ini akan memastikan sisa EEE dikitar semula dan dirawat dengan cara
yang memelihara bahan-bahan berharga dan melindungi kesihatan
manusia serta alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak
berkuasa tempatan anda, peruncit, atau perkhidmatan pelupusan sisa isi rumah
atau lawati laman web https://consumer.huawei.com/en/.
Syarat-syarat pendedahan RF
Peranti anda ialah pemancar dan penerima radio berkuasa rendah. Seperti
yang disyorkan oleh garis panduan antarabangsa, peranti ini direka untuk tidak
melebihi had yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Eropah untuk pendedahan kepada
gelombang radio.
Pematuhan kawal selia EU
Dengan ini, Huawei Device Co., Ltd. mengisytiharkan bahawa peranti EGRT-09 ini
mematuhi Arahan berikut: 2014/53/EU (RED), RoHS 2011/65/EU, ErP 2009/125/
EC. Teks penuh perisytiharan pematuhan EU, maklumat ErP yang terperinci dan
maklumat terkini mengenai aksesori & perisian boleh didapati di alamat Internet
berikut: https://consumer.huawei.com/certification.
Jalur Frekuensi dan Kuasa
Jalur frekuensi yang digunakan oleh peralatan radio untuk beroperasi: Sesetengah
jalur mungkin tidak tersedia di semua negara atau di semua kawasan. Sila hubungi
pembawa tempatan anda untuk butiran lanjut. Bluetooth 2.4G: 13 dBm.
Perjanjian Pengguna
Sebelum menggunakan produk, sila baca dan bersetuju dengan Perjanjian Pengguna
HUAWEI AI Life dalam aplikasi HUAWEI AI Life.
38

Advertisement

loading