Makita M0920 Instruction Manual page 26

Hide thumbs Also See for M0920:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Contohnya, jika roda lelas tersangkut atau tersepit
pada bahan kerja, pinggir roda yang memasuki titik
sepitan boleh termasuk ke dalam permukaan bahan
dan menyebabkan roda bergerak keluar atau menolak
keluar. Roda mungkin sama ada melantun ke arah atau
jauh daripada pengendali, bergantung kepada arah
pergerakan roda ketika aksesori tersepit. Roda lelas
juga mungkin pecah di bawah keadaan ini.
Tolak keluar adalah akibat daripada penyalahgunaan
alat kuasa dan/atau prosedur atau keadaan operasi
yang tidak betul dan boleh dielakkan dengan
mengambil langkah berjaga-jaga yang betul seperti
yang diberikan di bawah.
a) Kekalkan genggaman yang kukuh pada alat
kuasa dan pastikan kedudukan badan dan
lengan anda membolehkan anda menahan
daya tolak keluar. Sentiasa gunakan pemegang
tambahan, jika disediakan, untuk kawalan
maksimum terhadap tolak keluar atau tindak
balas tork semasa permulaan. Pengendali boleh
mengawal tindak balas tork atau daya tolak keluar,
jika langkah berjaga-jaga yang betul diambil.
b) Jangan sekali-kali meletakkan tangan
anda hampir dengan aksesori yang berputar.
Aksesori mungkin ditolak keluar ke arah tangan
anda.
c) Pastikan badan anda tidak berada di
kawasan yang alat kuasa akan bergerak
jika tolak keluar berlaku. Tolak keluar akan
mendorong alat ke arah bertentangan kepada
pergerakan roda ketika aksesori tersangkut.
d) Gunakan dengan lebih berhati-hati apabila
bekerja di sudut, pinggir yang tajam dsb.
Elakkan aksesori daripada melantun dan
tersangkut. Sudut, pinggir yang tajam atau
melantun mempunyai kecenderungan untuk
menyebabkan aksesori berputar tersangkut dan
menyebabkan hilang kawalan atau tolak keluar.
e) Jangan pasang bilah ukiran kayu gergaji
rantai atau bilah gergaji bergigi. Bilah seperti ini
akan kerap menghasilkan tolak keluar dan hilang
kawalan.
Amaran Keselamatan Khusus untuk Operasi
Pengisaran:
a) Gunakan hanya jenis roda yang disyorkan
untuk alat kuasa anda dan pengadang yang
direka khusus untuk roda yang dipilih. Roda
yang tidak direka untuk alat kuasa tidak dapat
dikawal secukupnya dan tidak selamat.
b) Permukaan pengisaran roda tengah
lekuk mesti dilekapkan di bawah satah
bibir pengadang. Roda yang tidak dlekapkan
dengan betul yang mengunjur melalui satah bibir
pengadang tidak dapat dilindungi secukupnya.
c) Pengadang mesti dipasang dengan
kukuh pada alat kuasa dan diletakkan untuk
keselamatan maksimum, supaya sedikit sahaja
roda terdedah ke arah pengendali. Pengadang
membantu melindungi pengendali daripada
serpihan roda yang pecah, tersentuh secara tidak
sengaja dengan roda dan percikan yang boleh
membakar pakaian.
d) Roda mesti digunakan hanya untuk
penggunaan yang disyorkan. Contohnya,
jangan kisar dengan sisi roda pemotongan.
Roda pemotongan pelelas bertujuan
untuk pengisaran persisian dan daya sisi
yang dikenakan kepada roda ini mungkin
menyebabkannya pecah.
e) Sentiasa menggunakan bebibir roda yang
tidak rosak yang mempunyai saiz dan bentuk
yang betul untuk roda yang anda pilih. Bebibir
roda yang betul menyokong roda dan dapat
mengurangkan kemungkinan roda akan pecah.
Bebibir untuk roda pemotongan mungkin berbeza
daripada bebibir roda pengisaran.
f) Jangan pakai roda daripada alat kuasa
yang lebih besar. Roda yang bertujuan untuk
alat kuasa yang lebih besar tidak sesuai untuk
kelajuan lebih tinggi alat yang lebih kecil dan
mungkin meletup.
Amaran Keselamatan Tambahan:
17. Apabila menggunakan roda pengisaran tengah
lekuk, pastikan untuk menggunakan hanya
roda yang diperkukuh gentian kaca.
18. JANGAN SEKALI-KALI MENGGUNAKAN
roda jenis Cawan Batu dengan pengisar ini.
Pengisar tidak direka untuk jenis roda ini dan
penggunaan produk yang sedemikian boleh
mengakibatkan kecederaan diri yang serius.
19. Berhati-hati agar tidak merosakkan spindel,
bebibir (terutamanya permukaan pemasangan)
atau nat kunci. Kerosakan kepada bahagian ini
boleh mengakibatkan roda pecah.
20. Pastikan roda tidak menyentuh bahan kerja
sebelum suis dihidupkan.
21. Sebelum menggunakan alat pada bahan
kerja sebenar, biarkan ia beroperasi seketika.
Perhatikan getaran atau gangguan yang boleh
menunjukkan pemasangan yang lemah atau
roda yang sangat tidak seimbang.
22. Gunakan permukaan roda tertentu untuk
melakukan pengisaran.
23. Jangan tinggalkan alat yang sedang berjalan.
Kendalikan alat hanya apabila dipegang.
24. Jangan sentuh bahan kerja dengan serta-
merta selepas operasi; ia mungkin sangat
panas dan boleh melecurkan kulit anda.
25. Jangan sentuh aksesori dengan serta-merta
selepas operasi; ia mungkin sangat panas dan
boleh melecurkan kulit anda.
26. Patuhi arahan pengilang untuk pelekapan dan
penggunaan roda yang betul. Kendalikan dan
simpan roda dengan cermat.
27. Jangan gunakan sesendal atau penyesuai
pengurang yang berasingan untuk
menyesuaikan roda lelas lubang besar.
28. Gunakan hanya bebibir yang khusus untuk
alat ini.
29. Untuk alat yang bertujuan untuk dipasang
dengan roda lubang berulir, pastikan
bahawa ulir dalam roda cukup panjang untuk
menerima panjang spindel.
30. Pastikan bahawa bahan kerja disokong
dengan betul.
31. Ambil perhatian bahawa roda akan terus
berputar selepas alat dimatikan.
26 BAHASA MELAYU

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

M0921

Table of Contents