Download Print this page

Bosch MFQ35 GB Series Instruction Manual page 14

Hide thumbs Also See for MFQ35 GB Series:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

ms
Sepintas lalu
Tahniah kerana membeli peralatan Bosch
baru anda. Anda boleh mendapatkan
maklumat lanjut tentang produk kami di
halaman web kami.
Kandungan
Pengendalian yang betul ........................... 12
Arahan keselamatan .................................. 12
Sepintas lalu ............................................... 14
Pengendalian ............................................. 14
Pembersihan .............................................. 15
Pembaikan sekiranya berlaku kerosakan .. 16
Arahan tentang pelupusan ......................... 16
Syarat-syarat waranti ................................. 16
Sepintas lalu
X Rajah A
Unit asas
1 Kord kuasa
2 Butang keluar
Untuk mengeluarkan peralatan.
3 Suis
Untuk menghidupkan dan mematikan
perkakas dan menyesuaikan kelajuan
operasi.
0 = dimatikan
1 = kelajuan terendah
5 = kelajuan tertinggi
M = tolak suis tork (kelajuan tertinggi) ke
kiri dan kekalkan
4 Bukaan untuk memasukkan peralatan
5 Butang pelepas
Untuk mengeluarkan aksesori daripada
bukaan belakang. Tekan kedua-dua
butang secara serentak.
6 Bukaan belakang dengan penutup
Untuk memasukkan aksesori, contohnya
bilah pengadun pantas.
Peralatan
7 Pemukul
8 Cangkuk penguli doh
14
Aksesori
untuk beberapa model
9 Bilah pengadun pantas
10 Bekas pengadun dengan penutup
11 Pencincang universal
(arahan pengendalian berasingan)
Jika aksesori tidak disertakan dalam pakej
penghantaran, ia boleh dipesan daripada
khidmat pelanggan.
Pengendalian
■ Sebelum penggunaan kali pertama,
bersihkan unit asas dan peralatan.
■ Buka gulungan kord kuasa sepenuhnya.
Nasihat penting: Apabila bukaan belakang
terbuka, perkakas hanya boleh dikendalikan
pada suis tork. Mod pilihan 1-5 tidak
berfungsi. Hanya buka dan tutup penutup
bukaan belakang di kedudukan suis 0.
Beri perhatian terhadap kuantiti maksimum
dan masa pemprosesan seperti dalam
jadual. X Rajah D
Unit asas dengan peralatan
Pemukul
Anda boleh memukul putih telur atau krim
dengan pemukul. Tambahan lagi, doh
lembut contohnya adunan kek span, adunan
penkek.
Jangan gunakan pemukul untuk
menyediakan mayones. Gunakan bilah
pengadun pantas untuk menghasilkan
mayones.
Cangkuk penguli doh
Pelbagai jenis doh yang berbeza seperti
doh ragi, doh pizza, doh strudel, doh roti
atau pastri rapuh boleh dihasilkan dengan
cangkuk penguli doh.
Jumlah pemprosesan maksimum ialah
500 g tepung dan bahan-bahan.

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Mfq3555gb/04