Download Print this page

Bosch MFQ35 GB Series Instruction Manual page 12

Hide thumbs Also See for MFQ35 GB Series:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

ms
Pengendalian yang betul
Pengendalian yang betul
Baca arahan pengendalian dengan teliti, patuhinya dan simpan!
Jika perkakas diberikan kepada pihak yang lain, sertakan
bersama arahan ini.
Ketidakpatuhan terhadap arahan bagi penggunaan perkakas yang
betul akan mengecualikan pengeluar daripada tanggungan liabiliti
kerosakan yang berlaku.
Perkakas ini hanya sesuai untuk penggunaan di dalam rumah dan
persekitaran rumah.
Hanya gunakan perkakas untuk kuantiti dan masa memproses
domestik yang biasa.
Perkakas ini sesuai untuk mengacau, memukul dan mencampur
bahan masak yang lembut serta cecair seperti menguli doh lembut.
Perkakas ini sesuai untuk memotong kecil atau mencampurkan
bahan makanan dengan bilah pengadun pantas. Perkakas ini tidak
boleh digunakan untuk memproses bahan atau benda lain.
Perkakas ini boleh digunakan oleh orang yang mempunyai
kekurangan keupayaan fizikal, deria atau mental atau kurangnya
pengalaman dan/atau pengetahuan jika mereka telah diawasi atau
dilatih mengenai penggunaan perkakas yang selamat dan memahami
bahaya yang timbul daripadanya. Kanak-kanak hendaklah dijauhkan
daripada perkakas dan kabel penyambungan serta tidak dibenarkan
mengendalikan perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan bermain
dengan perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan untuk mencuci
atau menyelenggara perkakas ini.
Arahan keselamatan
W Risiko kejutan elektrik dan kebakaran!
Gunakan perkakas ini hanya di dalam bangunan pada suhu bilik
dan ketinggian sehingga 2000 m di atas paras laut. Jangan letak
perkakas di atas atau berdekatan dengan permukaan panas, seperti
plat panas.
Sambungkan dan kendalikan perkakas hanya mengikut spesifikasi
pada label. Hanya gunakan sekiranya tiada tanda kerosakan pada
perkakas dan kord kuasa. Pembaikan pada perkakas, seperti
penukaran kord kuasa yang rosak, hanya boleh dilakukan oleh
khidmat pelanggan kami bagi mengelakkan sebarang bahaya.
Jangan biarkan kord kuasa bersentuhan dengan bahagian panas
atau menariknya di atas bahagian sisi yang tajam.
Jangan sesekali merendam unit asas di dalam air atau mesin basuh
pinggan mangkuk. Jangan rendam perkakas di dalam cecair melalui
sambungan antara bilah pengadun pantas dengan unit asas.
12

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Mfq3555gb/04