Membersih Pam - Electrolux EWF1141SEWA User Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

82
www.electrolux.com
AMARAN!
Jika sedikit sisa tertinggal di bahagian
belakang tangki, rendam laci detergen di
dalam air suam. Jangan gunakan alat untuk
membersihkannya. Sebelum direndam,
tanggalkan pemegang dengan menekan
butang dan lungsurkan pemegang seperti
yang ditunjukkan dalam gambar.
9. Pastikan semua sisa detergen
ditanggalkan daripada bahagian atas
dan bawah lekukan. Gunakan berus
kecil untuk membersihkan lekukan.
10. Pasang semula laci seperti yang
berikut:
a. Letakkan pemegang jika telah
ditanggalkan.
b. Letakkan penutup bawah dan tekan
sehingga bunyi "klik" kedengaran.
c. Letakkan penutup atas pada ruang
tangki dan tekan sehingga bunyi
"klik" kedengaran.
d. Letakkan semula komponen pada
ruang manual.
11. Masukkan pendispens detergen ke
dalam rel pandu dan tutup secara perlahan-
lahan sehingga bunyi "klik" kedengaran.
Jalankan program Pantas 15 tanpa
sebarang pakaian di dalam dram.
Untuk memulihkan fungsinya, isi semula
tangki dengan detergen dan pelembut. Jika
anda meletakkan bahan tambah yang salah
ke dalam tangki, anda boleh mendapatkannya
semula dengan mudah dengan menggunakan
penyumbat saliran di kedua-dua tepi laci.
Sebelum membuka penyumbat saliran, pastikan
bekas diletakkan di bawah laci untuk menadah
cecair. Pastikan penyumbat ditutup dengan betul
sebelum diisi semula.

8.6 Membersih Pam

Periksa pam aliran air keluar dengan
kerap dan pastikan ia bersih.
Bersihkan pam jika:
• Perkakas tidak mengeringkan air.
• Dram tidak berputar.
• Perkakas membuat bunyi pelik kerana
tersumbat pada pam air keluar.
• Paparan menunjukkan kod awas/ peringatan
kerana masalah pada penyaliran air keluar.
AMARAN!
• Cabutkan sambungan plag utama daripada
soket utama.
• Jangan keluarkan penapis semasa perkakas
sedang beroperasi. Jangan bersihkan pam
aliran air keluar jika air di dalam perkakas
panas. Air mesti sejuk sebelum anda
membersihkan pam aliran air keluar.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents