Penjagaan Dan Pembersihan; Pembersihan Luar; Menanggalkan Kesan Kapur; Selepas Setiap Cucian - Electrolux EWF1141SEWA User Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

80
www.electrolux.com

8. PENJAGAAN DAN PEMBERSIHAN

AMARAN! Anda mesti MEMUTUSKAN
SAMBUNGAN bekalan elektrik daripada
perkakas, sebelum anda boleh
menjalankan pembersihan atau kerja
penyelenggaraan.

8.1 Pembersihan Luar

Bersihkan perkakas hanya dengan
sabun dan air suam. Keringkan semua
permukaan sepenuhnya.
AWAS! Jangan gunakan alkohol, pelarut
atau produk bahan kimia.

8.2 Menanggalkan Kesan Kapur

Air yang biasa kita gunakan mengandun-
gi kapur. Adalah menjadi idea yang baik
untuk kadang kala menggunakan serbuk
pelembut air dalam mesin.
Lakukan ini secara berasingan daripada
cucian pakaian, dan mengikut
arahanserbuk pelembut yang dikeluar-
kan oleh kilang. Ini akan membantu
mencegah pembentukan deposit kapur.

8.3 Selepas Setiap Cucian

Biarkan pintu terbuka sebentar. Ini
membantu mencegah kulat dan bau
lembap yang terbentuk di dalam perkakas.
Membiarkan pintu terbuka selepas
pembasuhan juga akan membantu
memelihara kedap pintu.
8.4 Basuhan Penyelenggaraan
Dengan Program "Tub Clean"
Dengan penggunaan pembasuhan suhu
rendah, ada kemungkinan sisa termendap
di dalam dram. Kami mengesyorkan agar
program "Pembersihan Tab" digunakan
secara tetap untuk membuang sebarang
sisa.
Untuk menjalankan basuhan penye-
lenggaraan:
Dram hendaklah kosong daripada kain
kotor.
Pilih program "Tub Clean".
Tekan Mula/Jeda untuk memulakan
program.

8.5 Membersihkan Pendispens

Detergen dan Tangki AutoDos

Sebelum pembersihan dijalankan,
pastikan semua ruang adalah
kosong.
Bagi mencegah kemungkinan
pengumpulan detergen yang kering,
pelembut fabrik yang tersumbat,
pembentukan kulat di dalam pendispens
detergen dan/atau bahan tambah
cecair yang tersumbat di dalam tangki
AutoDos, sekali-sekala lakukan prosedur
pembersihan yang berikut:
Prosedur pembersihan juga
dicadangkan apabila jenama atau
jenis detergen, pelembut fabrik
atau bahan tambah ditukar di
dalam tangki.
1. Buka pendispens detergen. Tekan
pengancing seperti yang ditunjukkan
dalam gambar dan tarik keluar
pendispens detergen.
2. Tanggalkan sisipan untuk pelembut
dan, jika dimasukkan, bekas khas
untuk detergen cecair.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents