Download Print this page

Makita DTS131 Instruction Manual page 40

Cordless oil-pulse driver
Hide thumbs Also See for DTS131:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Sistem perlindungan alat / bateri
Alat dilengkapi dengan sistem perlindungan alat/bateri.
Sistem ini memotong kuasa kepada motor secara
automatik untuk memanjangkan hayat alat dan bateri.
Alat akan berhenti secara automatik semasa operasi
jika alat atau bateri diletakkan di bawah salah satu
keadaan yang berikut. Dalam keadaan tertentu,
penunjuk menyala.
Perlindungan lebih beban
Apabila alat beroperasi dengan cara yang
menyebabkan ia menarik arus tinggi yang luar
biasa, alat secara automatik terhenti tanpa sebarang
penunjuk. Dalam situasi ini, matikan alat dan hentikan
penggunaan yang menyebabkan alat menjadi terlebih
beban. Kemudian hidupkan alat untuk mula semula.
Perlindungan pemanasan lampau
untuk alat
Apabila alat terlampau panas, alat berhenti secara
automatik dan penunjuk bateri menunjukkan keadaan
berikut. Dalam situasi ini, biarkan alat sejuk sebelum
hidupkan alat semula.
Penunjuk bateri
Hidup
PEMASANGAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan yang alat dipadam dan
kartrij bateri dikeluarkan sebelum melakukan
sebarang kerja pada alat.
Memasang atau mengeluarkan bit
pandu atau bit soket
► Rajah8
Gunakan hanya bit yang mempunyai bahagian
masukan seperti yang ditunjukkan dalam rajah.
Untuk alat dengan lubang bit yang
cetek
Gunakan jenis bit ini sahaja. Ikuti
A=12 mm
prosedur (1).
B=9 mm
(Nota) Kepingan bit tidak diperlukan.
Mati
Berkelip
Alat terlampau panas
Untuk alat dengan lubang bit yang
dalam
A=17 mm
Untuk memasang bit jenis ini, ikuti
prosedur (1).
B=14 mm
Untuk memasang bit jenis ini, ikuti
A=12 mm
prosedur (2).
(Nota) Kepingan bit diperlukan untuk
B=9 mm
memasang bit.
Prosedur 1
Untuk alat dengan lengan biasa
► Rajah9: 1. Bit 2. Lengan
Untuk memasang bit, tarik lengan mengikut arah anak
panah dan masukkan bit ke dalam lengan setakat ia
boleh dimasukkan. Kemudian, lepaskan lengan untuk
mengukuhkan bit.
Untuk alat dengan lengan jenis satu sentuhan
Untuk memasang bit, masukkan bit ke dalam lengan
setakat ia boleh dimasukkan.
Prosedur 2
Sebagai tambahan kepada prosedur (1) di atas,
masukkan kepingan bit ke dalam lengan dengan hujung
runcingnya menghadap ke dalam.
► Rajah10: 1. Bit 2. Kepingan bit 3. Lengan
Untuk menanggalkan bit, tarik lengan mengikut arah
anak panah dan tarik bit keluar.
NOTA:
Jika bit tidak dimasukkan cukup dalam ke
dalam lengan, lengan tidak akan kembali ke
kedudukan asal dan bit tidak akan dikukuhkan.
Dalam keadaan ini, cuba masukkan semula bit
mengikut arahan di atas.
Apabila sukar untuk memasukkan bit, tarik
lengan dan masukkannya ke dalam lengan
setakat ia boleh dimasukkan.
Selepas memasukkan bit, pastikan ia dipegang
dengan kukuh. Jika ia terkeluar, jangan
gunakannya.
Cangkuk
► Rajah11: 1. Alur 2. Cangkuk 3. Skru
Cangkuk memudahkan untuk menggantung sementara
alat. Ini boleh dipasang pada mana-mana sisi alat.
Untuk memasang cangkuk, masukkan ia ke dalam
alur pada alat pada mana-mana sisi dan kemudian,
kukuhkan ia dengan skru. Untuk mengeluarkannya,
longgarkan skru dan kemudian, keluarkan ia.
40 BAHASA MELAYU

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Dts141