Olympus SH-25MR Basic Manual page 46

Hide thumbs Also See for SH-25MR:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
• Jika bateri bocor, berubah warna atau berubah bentuk, atau
menjadi luar biasa dalam apa jua cara semasa pengoperasian,
hentikan penggunaan kamera.
• Jika cecair bateri bocor dan terkena pakaian atau kulit anda,
tanggalkan pakaian dan basuh bahagian yang dimaksudkan
dengan air sejuk yang bersih dari paip dengan segera. Jika
cecair itu melecurkan kulit anda, dapatkan rawatan perubatan
dengan segera.
• Jangan sekali-kali mengenakan hentakan yang kuat atau
getaran yang berterusan pada bateri.
BERHATI-HATI
• Sebelum memasukkan bateri, pastikan sama ada bateri bocor,
berubah warna, meleding atau luar biasa dalam apa jua cara.
• Bateri mungkin menjadi panas jika digunakan untuk masa yang
lama. Untuk mengelakkan kelecuran kecil, jangan keluarkan
bateri dengan serta-merta selepas menggunakan kamera.
• Pastikan bateri dikeluarkan daripada kamera sebelum kamera
disimpan untuk tempoh yang lama.
• Kamera ini menggunakan satu bateri ion litium Olympus
(LI-50B). Bateri jenis lain tidak boleh digunakan.
Terdapat risiko letupan jika bateri diganti dengan jenis bateri
yang tidak betul.
• Semasa menyimpan bateri untuk tempoh yang lama, pilih
lokasi yang dingin untuk menyimpannya.
• Sila kitar semula bateri untuk membantu menjimatkan sumber
asli planet kita. Apabila membuang bateri yang telah haus,
pastikan terminal-terminalnya ditutup dan sentiasa patuhi
undang-undang dan peraturan-peraturan tempatan.
46 BM
Basic̲B̲d4521.indb   46
Basic̲B̲d4521.indb   46
Penyesuai USB-AC
• Penyesuai USB-AC F-2AC yang disertakan telah direka
bentuk untuk digunakan pada kamera ini sahaja. Kamera tidak
boleh dicas dengan penyesuai USB-AC ini.
• Jangan sambungkan penyesuai USB-AC F-2AC yang
disertakan kepada peralatan lain kecuali kamera ini.
• Untuk penyesuai USB-AC jenis palam:
Penyesuai USB-AC F-2AC yang disertakan bertujuan untuk
diorientasikan dengan betul dalam kedudukan pasang
menegak atau pasang lantai.
Menggunakan penyesuai USB-AC yang
dijual secara berasingan
Penyesuai USB-AC F-3AC (yang dijual secara berasingan)
boleh digunakan dengan kamera ini. Jangan gunakan
mana-mana penyesuai AC yang lain selain penyesuai yang
ditetapkan. Semasa menggunakan F-3AC, pastikan anda
menggunakan kabel USB yang disertakan dengan kamera ini.
Jangan gunakan mana-mana penyesuai lain dengan kamera ini.
Menggunakan pengecas yang dijual
secara berasingan
Pengecas (UC-50: dijual secara berasingan) boleh digunakan
untuk mengecas bateri.
Menggunakan pengecas dan
penyesuai USB AC anda di luar negara
• Pengecas dan penyesuai USB-AC boleh digunakan
bagi kebanyakan sumber elektrik rumah dalam julat
antara 100 V hingga 240 V AC (50/60Hz) di serata dunia.
Walaubagaimanapun, bergantung kepada negara atau
kawasan anda, alur keluar dinding AC mungkin berlainan
bentuk dan pengecas dan penyesuai USB AC itu mungkin
memerlukan penyesuai palam untuk berpadanan dengan
alur keluar dinding. Untuk butir-butir, tanya kedai elektrik atau
agen pelancongan di tempat anda.
• Jangan gunakan penukar voltan perjalanan kerana ini boleh
merosakkan pengecas dan penyesuai USB AC anda.
2011/12/17   13:05:57
2011/12/17   13:05:57

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents