Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV, radio, dan komputer
•
peribadi.
Unit ini hendaklah dijauhkan daripada sumber haba seperti radiator
•
atau dapur.
Jangan jatuhkan.
•
Jangan biarkan unit ini terdedah kepada getaran mekanikal atau
•
kejutan.
Matikan telefon di mana-mana tempat yang memerlukan anda
•
berbuat demikian oleh undang-undang khas. Contohnya, jangan
gunakan telefon di hospital kerana ia mungkin mengganggu peralatan
hospital yang sensitif.
Jangan kendalikan telefon dengan tangan yang basah semasa telefon
•
sedang dicas. Ia boleh menyebabkan terjadinya renjatan elektrik dan
telefon mungkin akan rosak teruk.
Jangan cas telefon bimbit berhampiran bahan yang mudah terbakar
•
kerana telefon bimbit akan menjadi panas dan boleh menyebabkan
bahaya kebakaran.
Gunakan kain yang kering untuk membersihkan bahagian luar unit ini
•
(jangan gunakan pelarut seperti benzena, pencair atau alkohol).
Jangan cas telefon di atas perabot yang lembut.
•
Telefon hendaklah dicas di kawasan berpengudaraan baik.
•
Jangan dedahkan unit ini kepada asap atau habuk yang berlebihan.
•
Jangan simpan telefon di sebelah kad kredit atau tiket pengangkutan;
•
ia boleh menjejaskan maklumat pada jalur magnetik.
Jangan ketik skrin dengan objek yang tajam kerana ia boleh
•
merosakkan telefon.
Jangan dedahkan telefon kepada cecair atau kelembapan.
•
Guna aksesori seperti fon telinga dengan berhati-hati. Jangan sentuh
•
antena jika tidak diperlukan.
Jangan gunakan, sentuh atau cuba untuk mengeluarkan atau
•
membaiki kaca yang pecah, sumbing atau retak. Kerosakan pada
paparan kaca kerana ia disia-siakan dan disalahgunakan adalah tidak
diliputi oleh waranti ini.
7