Menggunakan Perkakas - Philips HC1000 Series Quick Start Manual

Hide thumbs Also See for HC1000 Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Amaran
- Untuk mengecas bateri, hanya gunakan unit
bekalan boleh ditanggalkan (jenis HQ8507)
yang disediakan dengan perkakas.
- Unit bekalan mengandungi pengubah. Jangan
putuskan unit bekalan untuk menggantikannya
dengan palam lain, kerana ini menyebabkan
situasi berbahaya.
- Perkakas ini boleh digunakan oleh kanak-kanak
berumur 8 tahun dan ke atas dan orang yang
kurang keupayaan fizikal, deria atau mental
atau kurang pengalaman dan pengetahuan jika
mereka diberi pengawasan dan arahan
berkaitan penggunaan perkakas secara selamat
dan memahami bahaya yang mungkin berlaku.
Kanak-kanak tidak sepatutnya bermain dengan
perkakas ini. Pembersihan dan
penyelenggaraan oleh pengguna tidak harus
dilakukan oleh kanak-kanak tanpa
pengawasan.
- Tanggalkan bahagian pegangan tangan
daripada kord bekalan sebelum membersihkan
dalam air.
- Pastikan anda memeriksa perkakas setiap kali
sebelum anda menggunakannya. Jangan
gunakan perkakas jika rosak, kerana ini boleh
menyebabkan kecederaan. Bahagian yang
rosak hendaklah digantikan dengan jenis yang
asli sahaja.
- Perkakas ini mengandungi bateri yang tidak
boleh digantikan.
- Jangan buka perkakas tersebut untuk
menggantikan bateri boleh cas semula.
Awas
- Jangan sekali-kali rendam alat tersebut dalam
air. Jangan guna alat tersebut dalam tab mandi
atau di bawah pancuran.
- Jangan sekali-kali gunakan air yang lebih panas
daripada 60°C untuk membilas alat tersebut.
- Hanya gunakan perkakas ini untuk tujuan
dimaksudkan seperti ditunjukkan dalam manual
pengguna.
- Jika anda menggunakan perkakas untuk
memotong rambut lebih daripada seorang
anak, bersihkan perkakas sebelum
menggunakan pada anak lain.
- Jangan sekali-kali gunakan udara termampat,
pad penyental, agen pembersih yang melelas
atau cecair yang agresif seperti alkohol atau
aseton untuk membersihkan perkakas.
- Jangan gunakan unit bekalan di atau
berdekatan dengan soket dinding yang
mengandungi penyegar udara elektrik untuk
mencegah kerosakan yang tidak boleh dibaiki
kepada unit bekalan.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawaian dan
peraturan yang berkaitan dengan pendedahan
kepada medan elektromagnet.
Am
- Alat ini boleh dibersihkan dengan selamat di
bawah paip air (Raj. 3).
- Unit bekalan sesuai untuk voltan sesalur kuasa
antara 100 hingga 240 volt.
- Unit bekalan mengubah 100-240 volt kepada
voltan rendah dan selamat tidak melebihi 24
volt.
Membuat persediaan untuk guna
Pengecasan
Caskan perkakas selama sekurang-kurangnya 8
jam sebelum anda menggunakannya buat pertama
kali, setelah tidak digunakan bagi tempoh yang
lama atau apabila motor mula berjalan dengan
lebih perlahan semasa memotong rambut.
Setelah perkakas dicas sepenuhnya, perkakas
mempunyai tempoh masa pengendalian tanpa
kord sehingga 45 minit.
Catatan: Jangan biarkan perkakas dipasang pada
soket dinding selama lebih daripada 24 jam
1
Matikan perkakas.
2 Masukkan palam kecil ke dalam perkakas dan
pasang unit bekalan ke soket (Raj. 4) dinding.
- Selepas beberapa saat, lampu pengecasan
bernyala hijau berterusan menunjukkan yang
perkakas sedang dicas (Raj. 5).
3 Selepas mengecas (lebih kurang 8 jam),
tanggalkan unit bekalan daripada soket dinding
dan cabut plag kecil keluar dari perkakas.
Arahan cas
Bateri lemah
Status bateri ditunjukkan oleh prestasi perkakas.
Apabila perkakas mula berfungsi dengan lebih
perlahan, itu bermakna bateri hampir kosong dan
perlu dicas untuk prestasi yang optimum.
Pengecasan
Apabila anda mengecas perkakas, lampu
pengecasan bernyala hijau berterusan
menunjukkan yang perkakas sedang dicas (Raj. 5).

Menggunakan perkakas

Catatan: Perkakas ini boleh digunakan tanpa kord
atau apabila disambungkan ke soket (Raj. 6)
dinding.
Menghidupkan atau mematikan perkakas
- Untuk menghidupkan perkakas, tolak gelangsar
hidup/mati ke atas (Raj. 7).
- Untuk mematikan perkakas, tolak gelangsar
hidup/mati ke bawah.
Mengeluarkan atau memasang sikat
1
Untuk mengeluarkan sikat, tolak satu pendakap
ke belakang dan keluar daripada perkakas
sehingga sikat ditanggalkan daripada perkakas
(Raj. 8).
2 Untuk memasang sikat, pastikan bahagian sisi
dengan panjang rambut yang diinginkan
menghala ke atas. Pasang salah satu unjuran di
bahagian dalam pendakap ke dalam lubang
kecil di sisi perkakas. Tekan pendakap lain sikap
ke tempatnya ('klik') (Raj. 9).

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Hc1099Hc1066Hc1055Hc1055/15

Table of Contents