IKEA SLADDA Manual page 73

Hide thumbs Also See for SLADDA:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Laraskan pelana kepada ketinggian yang
selesa (lihat ilustrasi). Ujilah yang anda ada
ketinggian yang sesuai dengan duduk di atas
pelana dengan tumit anda pada pengayuh
yang lebih rendah dan kaki dikangkangkan
sepenuhnya.
Kaki anda sepatutnya hampir tegak, dan
jika ia terlalu bengkok anda perlu tinggikan
pelana. Jika terlalu sukar untuk sampai kepada
pengayuh yang lebih rendah dengan selesa
anda perlu rendahkan pelana.
4. UJI BASIKAL ANDA SEBELUM MENUNGGANG
Sebelum menunggang basikal anda, anda perlu
menjalankan pemeriksaan keselamatan di atas
tanah yang rata dan jauh daripada kesesakan
lalu lintas. Ini adalah penting agar anda dapat
memastikan yang semua bahagian terpasang
dan berfungsi dengan betul dan yang anda
biasa dengan kawalan dan ciri basikal anda,
seperti brek coaster roda belakangi dan gear
automatik. Terdapat dua gear yang bertukar
secara automatik, yang bergantung kepada
kelajuan kayuhan anda.
1. PERIKSA TAYAR
Pastikan yang tayar dipam mengikut had teka-
nan yang dicadangkan dengan menggunakan
pam tayar dengan sebuah tolok. Tekanan tidak
sepatutnya melebihi had yang dicadangkan
seperti yang tercatat di atas tayar. Ia lebih
baik untuk menggunakan pam tangan atau kaki
berbanding pam stesen perkhidmatan kera-
na terlebih pam boleh mengakibatkan tayar
meletup.
2. PERIKSA PELANA
Pastikan yang pelana sejajar dengan bahagian
tengah basikal dan bar handel pula pada 90
darjah setentang dengan roda. Periksa jika ia
diketatkan dengan secukupnya agar ia tidak
terpusing keluar daripada penjajaran.
3. PERIKSA BREK
Periksa yang brek roda hadapan berfungsi
dengan baik. Tunggang basikal pada kelajuan
perlahan dan gunakan brek roda hadapan
menggunakan tuas tangan. Basikal akan
terhenti secara serta merta. Pastikan anda
menggunakan kuasa membrek sepenuhnya
pada brek tangan tanpa tuas brek menyentuh
bar handel. Jika tidak, brek anda mungkin
memerlukan pelarasan. Jangan uji kuasa
membrek sepenuhnya ketika menunggang pada
kelajuan yang laju memandangkan ia akan
menyebabkan roda hadapan berhenti berpusing
dan basikal anda terbalik.
Periksa yang brek coaster roda belakang
berfungsi dengan baik. Mula dengan engkol
pengayuh pada posisi hampir melintang, dan
gunakan tekanan ke bawah pada belakang
pengayuh. Semakin banyak tekanan yang anda
gunakan, semakin kuat kuasa membrek.
Sila ambil perhatian yang tuas brek pada
bar handel mengawal brek roda hadapan
dan brek coaster mengawal brek roda
belakang.
4. PERIKSA PEMANTUL, LAMPU DAN AK-
SESORI
Periksa yang pemantul pada posisi yang betul.
Pastikan yang lampu hadapan dan belakang
dan lain-lain aksesori berfungsi dengan baik.
Uji loceng di bar handel.
PERHATIAN : Seperti dengan semua kom-
ponen mekanikal, treler ini tertakluk kapada
haus dan tekanan tinggi. Bahan dan komponen
yang berbeza-beza bertindak balas terhadap
haus atau tegasan lesu melalui cara yang ber-
beza-beza. Jika reka bentuk sesebuah kom-
ponen telah melebihi hayatnya, ia boleh gagal
dengan tiba-tiba, kemungkinan mengakibatkan
kecederaan kepada penunggang tersebut. Apa-
apa bentuk rekahan, calaran atau perubahan
warna pada bahagian yang bertekanan tinggi
menunjukkan yang komponen tersebut telah
sampai hayatnya dan ia perlu diganti.
73

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents