LG G5 User Manual page 365

Hide thumbs Also See for G5:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Mengecas bateri
Sebelum menggunakan peranti anda, cas bateri sepenuhnya.
Sambungkan satu hujung kabel pengecasan kepada pengecas, masukkan
satu lagi hujung kabel ke dalam port kabel dan kemudian pasangkan palam
pengecas ke dalam soket kuasa.
Pastikan anda menggunakan kabel USB yang disediakan sebagai
aksesori asas.
Pastikan untuk menggunakan pengecas, bateri dan kabel pengecas LG
yang diluluskan. Mengecas bateri dengan pengecas pihak ketiga boleh
menyebabkan bateri meletup atau boleh merosakkan peranti.
Menggunakan peranti ketika sedang dicas boleh menyebabkan kejutan
elektrik. Untuk menggunakan peranti, hentikan pengecasan.
Peranti ini dibekalkan dengan bateri yang telah dimasukkan. Apabila
menggunakan peranti ini untuk kali pertama, periksa tahap bateri dan
hendaklah mengecas bateri dengan penuh sebelum menggunakan
peranti jika perlu.
Cabut palam pengecas daripada soket kuasa selepas peranti dicas
sepenuhnya. Ini mencegah penggunaan kuasa tidak diperlukan.
Satu lagi cara untuk mengecas bateri ialah dengan menyambungkan
kabel USB antara peranti dan komputer riba atau desktop. Ini mungkin
mengambil masa yang lebih lama daripada mengecas bateri dengan
cara yang sama.
Jangan cas bateri dengan menggunakan hab USB yang tidak dapat
mengekalkan voltan terkadar. Pengecasan mungkin gagal atau terhenti
secara tidak sengaja.
Fungsi Asas
48

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Lg-h860

Table of Contents