LG G5 User Manual page 326

Hide thumbs Also See for G5:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Elakkan kerosakkan ke pendengaran anda
Untuk mencegah kerosakan pendengaran, jangan mendengar
pada tahap volum yang tinggi untuk tempoh yang panjang.
Kerosakan kepada pendengaran anda boleh berlaku jika anda terdedah kepada
bunyi yang kuat untuk tempoh yang lama. Kami dengan ini mengesyorkan agar
anda tidak menghidupkan atau mematikan telefon mudah alih berhampiran
dengan telinga anda. Kami juga mengesyorkan bahawa volum muzik dan
panggilan ditetapkan pada paras yang berpatutan.
Apabila menggunakan fon kepala, kurangkan volum jika anda tidak dapat
mendengar orang yang bercakap berdekatan dengan anda atau jika orang yang
duduk di sebelah anda dapat mendengar apa yang sedang anda dengar.
Tekanan bunyi yang melampau dari fon telinga dan fon kepala boleh
menyebabkan kehilangan pendengaran.
Bahagian Kaca
Beberapa bahagian peranti mudah alih anda dibuat daripada kaca. Kaca ini akan
retak atau pecah jika telefon anda terjatuh ke atas permukaan yang keras atau
menerima impak yang kuat. Jika kacanya pecah, jangan sentuh atau cuba untuk
menanggalkannya. Berhenti menggunakan peranti mudah alih anda sehingga
kaca diganti oleh pembekal khidmat yang diluluskan.
Kawasan letupan
Jangan gunakan telefon di mana peletupan sedang dijalankan. Patuhi sekatan
dan ikut sebarang aturan dan peraturan.
Persekitaran boleh meletup
Jangan gunakan telefon di tempat mengisi minyak.
Jangan gunakan berhampiran bahan api atau bahan kimia.
Jangan angkut atau simpan gas mudah terbakar, cecair atau bahan letupan di
dalam ruang yang sama dengan yang mengandungi telefon mudah alih anda
dan aksesorinya.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
9

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Lg-h860

Table of Contents