Download Print this page

Bahasa Melayu - Philips QP2531 Manual

Hide thumbs Also See for QP2531:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

BAHASA MELAYU

34
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips!
Untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan
oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Perihalan umum (Gamb. 1)
1
Bilah
2
Gelangsar pelepas bilah
3
Butang hidup/mati
4
Penunjuk status bateri (QP2531, QP2530 sahaja)
5
Plag kecil
6
Penunjuk pengecasan bateri (QP2522, QP2521, QP2520 sahaja)
7
Penyesuai
8
Bilah pengganti (QP2531, QP2522 sahaja)
9
Sikat janggut mudah dipasang 5mm
10 Sikat janggut mudah dipasang 3mm (QP2531, QP2530, QP2520 sahaja)
11 Sikat janggut mudah dipasang 2mm (QP2531, QP2530 sahaja)
12 Sikat janggut mudah dipasang 1mm
Maklumat keselamatan penting
Baca maklumat penting ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
perkakas dan aksesorinya serta simpan ia untuk rujukan masa depan.
Aksesori yang dibekalkan mungkin berbeza dengan produk.
Bahaya
-
Pastikan penyesuai sentiasa kering.
Amaran
-
Penyesuai mengandungi pengubah. Jangan potong penyesuai untuk
menggantinya dengan plag yang lain, kerana ini akan menyebabkan
keadaan berbahaya.
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang
(termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau
mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka
telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas
ini oleh orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka
tidak bermain dengan perkakas ini.
-
Setiap kali anda hendak membersihkan perkakas di bawah paip,
pastikan plagnya telah ditanggalkan.
-
Periksa perkakas setiap kali anda hendak menggunakannya.
Jangan gunakan perkakas jika ia rosak kerana ini akan menyebabkan
kecederaan. Anda hendaklah setiap kali mengganti bahagian yang rosak
dengan jenis yang asli.

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Qp2530Qp2522Qp2521Qp2520