LG M6100 User Manual page 86

Hide thumbs Also See for M6100:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
• Gunakan kain kering untuk membersihkan bahagian luar unit.
(Jangan gunakan pelarut seperti benzena, pencair atau
alkohol.)
• Jangan biarkan unit ini terdedah kepada asap atau debu yang
berlebihan.
• Jangan simpan telefon bersebelahan dengan kad kredit atau
tiket pengangkutan; ia boleh menjejas maklumat di dalam
jalur bermagnetnya.
• Jangan ketuk skrin dengan benda tajam; ia boleh merosakkan
telefon.
• Jangan dedahkan telefon kepada cecair atau lembapan.
• Gunakan aksesori seperti telefon telinga dengan berhati-hati.
Peranti Elektronik
Semua telefon wayarles boleh mendapat gangguan, yang
boleh menjejas prestasinya.
• Jangan gunakan telefon bimbit anda berdekatan dengan
kelengkapan perubatan tanpa meminta izin. Elakkan daripada
meletakkan telefon di atas perentak jantung, iaitu di dalam
saku dada anda.
• Sesetengah alat bantuan pendengaran boleh mendapat
gangguan daripada telefon bimbit.
• Gangguan yang sedikit boleh menjejas TV, radio, PC, dan
sebagainya.
Keselamatan Di Jalan Raya
Periksa undang-undang dan peraturan mengenai penggunaan
telefon bimbit di kawasan-kawasan tempat anda memandu.
• Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa memandu.
• Berikan sepenuh perhatian kepada kegiatan memandu.
• Gunakan kit bebas tangan, jika terdapat.
• Keluar dari jalan raya dan letakkan kereta sebelum membuat
dan menjawab panggilan jika keadaan memandu
memerlukan.
• Tenaga RF boleh menjejas sesetengah sistem elektronik di
dalam kenderaan bermotor anda seperti stereo kereta,
kelengkapan keselamatan.
• Apabila berada di dalam kereta,jangan biarkan telefon anda
atau pasang kit bebas tangan berdekatan dengan beg udara.
Jika kelengkapan wayarles tidak dipasang dengan betul dan
beg udara diaktifkan, anda boleh mengalami kecederaan
serius.
5

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents