Download Print this page

IKEA IDASEN Manual page 29

Motorised desk/table
Hide thumbs Also See for IDASEN:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
PANDUAN PANTAS
Jika anda memiliki peranti iOS:
Buka App Store dan muat turun aplikasi
Desk Control. Aplikasi ini akan membawa
anda melalui proses pemasangan Desk
Control anda.
Jika Anda memiliki peranti Android:
Buka Google Play dan muat turun aplikasi
Desk Control. Aplikasi ini akan membawa
anda melalui proses pemasangan Desk
Control anda.
Tambah peranti tambahan Bluetooth
maksimum 8 peranti)
1. Buka menu Bluetooth anda pada peranti
mudah alih anda dan sambungkan ke
DESK-xxxxx.
2. Sebaik sahaja sambungan Bluetooth
terbentuk, LED biru berhenti berkedip.
Hingga 8 peranti boleh disimpan oleh
sistem. Apabila peranti ke-9 berpasangan,
sistem akan mengeluarkan peranti yang
paling lama tidak tersambung.
Set semula kilang:
Tekan butang olah gerak selama 10
saat. Ini menghapuskan semua peranti
Bluetooth yang berpasangan.
Ikuti arahan ini semasa melaraskan
ketinggian meja:
1. Pastikan tidak ada benda yang
menghalang meja agar ketinggian meja
boleh dilaraskan secara bebas.
2. Untuk mengerakkan meja ke atas/
bawah, tekan butang olah gerak masing-
masing ke atas dan ke bawah atau
gunakan aplikasi Desk Control anda.
Peraturan keselamatan
— Semasa meja bergerak ke atas/ke
bawah, jaga jarak keselamatan yang
perlu bagi menghindari risiko terhimpit
di antara bahagian atas meja yang
bergerak dan benda-benda yang kekal di
kawasan sekelilingnya.
— Semasa meja bergerak ke atas/bawah
pengguna harus berjaga-jaga sehingga
tidak ada yang terluka atau tidak ada
objek yang rosak. Bahagian atas meja
tidak boleh berlaga dengan benda yang
kekal sehingga meja boleh terbalik.
Selalu alihkan setiap kerusi pejabat
sebelum meja digerakkan ke atas/
bawah.
— Tripod meja tidak boleh diubah atau
dibina semula dengan apa cara sekali
pun. Semasa kerja-kerja servis dan
pembaikan meja, kabel elektrik mesti
dinyahsambungkan daripada soket
dinding.
— Pengubahsuaian pada kaki adalah
dilarang sama sekali!
— Meja tidak boleh digunakan sebagai alat
pengangkat untuk orang.
Penyelenggaraan dan arahan
pembaikan
— Selepas penggunaan kira-kira 1 minggu
periksa yang skru diperketatkan dengan
betul.
— Jika meja tidak dapat diturunkan atau
ditinggikan, periksa sambungan di
antara kaki dan soket dinding dan
pastikan peranti/peranti Bluetooth anda
dihidupkan dan disambungkan melalui
aplikasi Desk Control.
— Jika mana-mana bahagian sistem
elektrik diganti, kabel elektrik mesti
dinyahsambungkan dahulu daripada
soket dinding. Gantikan bahagian
elektrik dan sambungkan kabel elektrik
ke soket dinding. Meja kini sedia untuk
digunakan.
Jika meja masih tidak berfungsi, sila
hubungi gedung IKEA terdekat atau
perkhidmatan pelanggan anda.
Pengilang:
IKEA of Sweden AB
Alamat:
Box 702, SE-343 81 ÄLMHULT
SIMPAN ARAHAN INI
MENSERVIS PRODUT
Jangan cuba membaiki produk ini sendiri,
kerana membuka atau menanggalkan
sarung boleh mendedahkan anda kepada
titik voltan yang berbahaya atau lain-lain
risiko.
29

Hide quick links:

Advertisement

loading