Download Print this page

Philips HD4718 Manual page 14

Hide thumbs Also See for HD4718:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
BaHasa MElayu
14
8
Bukakan tudung dan keluarkan makanan kukus dengan teliti dari pinggan atau dulang kukus.
Gunakan sarung tangan ketuhar atau kain, kerana pinggan dan dulang kukus pada ketika ini
sangat panas.
Hati-hati terhadap stim panas.
Menyimpan panas
Mod ini membolehkan anda menyimpan panas nasi anda untuk tempoh yang lebih panjang.
Apabila proses memasak selesai, periuk pemasak nasi akan beralih ke fungsi simpan panas
,
secara automatik. Lampu masak akan padam dan lampu simpan panas menyala.
Anda dinasihati agar tidak menyimpan nasi panas selama lebih dari 5 jam, untuk mengekalkan
rasanya.
Mod tetap panas tidak akan mati secara automatik.
Untuk menamatkan mod tetap panas, cabutkan plag sesalur kuasa dari soket dinding.
Pembersihan
Cabutkan plag pemasak nasi sebelum anda membersihkannya.
Tunggu sehingga periuk pemasak nasi telah sejuk secukupnya sebelum membersihkannya.
Untuk melindungi permukaan periuk dalam, jangan:
-
atau membasuh pinggan;
-
tuangkan cuka ke dalam periuk.
1
Angkat keluar dulang kukus dan periuk dalam dari perkakas.

Bersihkan tudung, periuk dalam, dulang kukus dan senduk nasi dengan span atau kain di dalam
air panas dengan sedikit cecair pencuci.
Jangan gunakan agen pembersih yang melelas, kain penyental atau alatan logam untuk
membersihkan periuk dalam, kerana ini akan merosakkan permukaan periuk dalam.

Gunakan hanya kain yang lembap untuk mengesat permukaan luar dan dalam jasad utama
periuk pemasak nasi.
Jangan sekali-kali tenggelamkan jasad periuk pemasak nasi di dalam air, atau membilasnya di bawah
pili air. Kesat plat pemanas dengan kain kering.
alam sekitar
-
Jangan buang perkakas bersama sampah rumah pada akhir hayatnya, tetapi bawanya ke pusat
pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan melakukan sedemikian anda akan membantu
memelihara alam sekitar (Gamb. 11).
Jaminan dan servis
Jika anda memerlukan maklumat atau menghadapi masalah, sila kunjungi laman web Philips di
www.philips.com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda (anda boleh
mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada Pusat Layanan
Pelanggan di negara anda, hubungi wakil pengedar Philips tempatan atau Jabatan Servis Syarikat
Perkakas Domestik dan Penjagaan Diri Philips.
Menyelesaikan masalah
Jika periuk pemasak nasi tidak berfungsi dengan betul atau jika kualiti masakan tidak baik, rujuk jadual
di bawah. Jika anda tidak dapat menyelesaikan masalahnya, sila hubungi Pusat Penjagaan Pelanggan
Philips di negara anda.

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Hd4715Hd4711