Philips HD4690 Manual page 23

Hide thumbs Also See for HD4690:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Sedikit pemeluwapan akan terjadi pada dasar cerek. Ini adalah biasa dan tidak bermakna yang
,
cerek mempunyai apa-apa kecacatan.
Bergantung pada keliatan air di kawasan anda, bintik-bintik kecil mungkin muncul pada unsur
,
pemanas cerek apabila anda menggunakannya. Fenomena ini adalah hasil penimbunan kerak
pada unsur pemanas dan pada permukaan dalam cerek selepas beberapa lama. Semakin tinggi
keliatan air, semakin cepat kerak menimbun. Kerak boleh berlaku dalam warna-warna yang
berbeza. Walaupun kerak tidak berbahaya, terlalu banyak kerak boleh menjejaskan prestasi
cerek. Tanggalkan kerak secara kerap dengan mengikuti arahan yang diberikan dalam bab
'Menanggalkan kerak'.
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat
untuk digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
Perlindungan masak-kering
Cerek ini dilengkapi perlindungan masak kering. Peranti ini akan mematikan cerek secara automatik
jika ia dihidupkan dengan tidak sengaja semasa tiada air atau air tidak mencukupi di dalamnya. Suis
hidup/mati akan kekal pada kedudukan 'hidup' tetapi gelang lampu kuasa hidup akan padam. Tetapkan
suis hidup/mati pada 'mati' dan biarkan cerek menjadi sejuk selama 10 minit. Kemudian angkat cerek
dari tapaknya untuk mengesetkan semula perlindungan masak kering. Cerek kini sedia digunakan
semula.
sebelum penggunaan pertama
1
Tanggalkan pelekat, jika ada, dari cerek atau tapaknya.

Letakkan tapak di atas permukan yang kering, stabil dan rata.

Anda boleh melaraskan panjang kord dengan memutarkan pemutar kord mengikut arah jam
untuk menjadikannya lebih pendek atau berlawanan arah jam untuk
memanjangkannya (Gamb. ).
Sebelum menggunakan cerek pada kali pertama:
4
Bilas cerek dengan air.
5
Isikan cerek dengan air paip sehingga paras maksimum dan biarkan ia mendidih sebanyak satu
kali (lihat 'Menggunakan Perkakas').
6
Tuangkan keluar air panas dan bilaskan cerek sekali lagi.
Menggunakan perkakas
1
Buka tudung dengan menekan butang pelepas (Gamb. ).

Bilaskan cerek dengan air (Gamb. 4).
Isikan cerek sama ada melalui muncungnya atau dengan membuka penutupnya.

Tutupkan tudung.
Pastikan bahawa tudung ditutup dengan sempurna untuk mengelakkan cerek dari mendidih hingga
kering.
4
Letakkan cerek pada tapaknya.
5
Pasangkan plag di soket dinding.
6
Tetapkan suis hidup/mati ke 'on' (Gamb. 5).
Gelang lampu kuasa hidup menyala dan cerek mula memanas.
BaHasa MElayu


Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents