Philips FC8149 Manual page 38

Hide thumbs Also See for FC8149:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
-
Jangan gunakan perkakas jika kord sesalur kuasa, plag, atau perkakas itu sendiri rosak.
-
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips
atau pihak yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak hendaklah diselia untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
-
Jangan halakan hos, tiub atau sebarang aksesori lain pada mata atau telinga dan jangan
letakkannya di dalam mulut anda apabila ia telah disambungkan kepada pembersih vakum dan
pembersih vakum tersebut dihidupkan.
awas
-
Jangan sedut objek yang besar kerana ini mungkin menyebabkan laluan udara dalam tiub atau
hos tersekat.
-
Apabila anda menggunakan pembersih vakum untuk memvakum debu, pasir halus, kapur, habuk
simen dan bahan yang serupa, liang penuras bekas habuk dan penuras perlindungan motor akan
tersumbat. Jika anda terasa penyusutan ketara pada kuasa sedutan, bersihkan penuras bekas
habuk dan penuras perlindungan motor.
-
Sentiasa cabut plag perkakas sebelum anda mengosongkan bekas habuk atau
membersihkan penuras.
-
Jangan gunakan perkakas tanpa penuras perlindungan motor. Ini boleh merosakkan motor dan
memendekkan hayat perkakas.
-
Hanya gunakan kon penuras Philips yang dibekalkan bersama perkakas.
-
Aras hingar: Lc = 82 dB(A).
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat
untuk digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
Bersedia untuk menggunakannya
hos
1
Untuk menyambungkan hos, tekan ia masuk betul-betul ke dalam perkakas ('klik') (Gamb. 2).
2
Untuk mencabutkan hos, tekan butang pelepas (1) dan tarik penyambung hos keluar daripada
bukaan penyambung hos (2). (Gamb. 3)
tiub teleskop
1
Untuk menyambungkan tiub kepada gegenggam hos, masukkan bahagian yang sempit ke dalam
bahagian yang lebih lebar sambil memusingkannya sedikit (Gamb. 4).
-
Untuk mencabut tiub, tarik sambil memusingkan sedikit.
2
Laraskan tiub teleskop agar panjangnya selesa bagi anda semasa memvakum. Tekan gelangsar
pada tiub dan tekan bahagian bawah tiub ke bawah atau tarik ke atas (Gamb. 5).
Muncung gabungan
Anda boleh gunakan muncung gabungan pada permaidani (dengan jalur berus dilipat ke dalam) atau
pada lantai keras (dengan jalur berus dilipat ke luar).
-
Untuk membersihkan lantai keras, tolak suis rocker di atas muncung gabungan dengan kaki anda
untuk membuatkan jalur berus keluar daripada petak muncung. (Gamb. 6)
-
Untuk membersihkan permaidani, tolak suis rocker di sebelah yang satu lagi agar jalur berus
hilang ke dalam petak. (Gamb. 7)
Bahasa MElayu
37

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Fc8140

Table of Contents