Download Print this page

Philips HR1655 User Manual page 31

Hide thumbs Also See for HR1655:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
-
Jika perkakas rosak, hendaklah anda sentiasa menggantinya dengan jenis yang asli, jika tidak,
jaminan anda tidak lagi sah.
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang
yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Jangan benarkan kanak-kanak menggunakan perkakas tanpa pengawasan.
-
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan
perkakas ini.
-
Jangan sekali-kali biarkan perkakas beroperasi tanpa diawasi.
-
Berhati-hati dan elakkan percikan ketika anda memproses ramuan yang panas.
-
Tidak satu pun aksesori ini sesuai digunakan di dalam ketuhar gelombang mikro.
-
Elakkan daripada menyentuh mata pisau, terutamanya apabila peralatan diplag masuk. Mata
pisaunya amat tajam.
-
Jika pisau tersekat, cabut plag perkakas sebelum mengeluarkan bahan-bahan yang menyekat
pisau.
awas
-
Matikan perkakas dan tanggalkan daripada sesalur kuasa sebelum anda memasang, menanggalkan
bahagiannya dan membersihkannya.
-
Jangan sekali-kali menggunakan sebarang aksesori atau bahagian daripada pengilang lain atau yang
tidak disyorkan secara khusus oleh Philips. Jika anda menggunakan aksesori atau bahagian
sedemikian, jaminan anda menjadi tidak sah.
-
Perkakas ini bertujuan untuk kegunaan dalam rumah sahaja. Jika perkakas ini disalahgunakan atau
untuk tujuan profesional atau semiprofesional atau jika ia digunakan tidak mengikut arahan yang
terdapat dalam manual pengguna, jaminan menjadi tidak sah dan Philips tidak menerima
tanggungjawab bagi apa-apa kerosakan yang berlaku.
-
Jauhkan unit motor dari haba, api, kelembapan dan kotoran.
-
Jangan isi balang atau mangkuk pencincang dengan bahan yang lebih panas daripada 80°C/175°F.
-
Jangan melebihi kuantiti dan masa memproses yang ditunjukkan dalam jadual.
-
Jangan proses lebih daripada 1 kelompok tanpa henti. Biarkan perkakas menyejuk selama 5 minit
sebelum anda meneruskan pemprosesan.
-
Jangan sekali-kali menggunakan bar kentang untuk melecek bahan di dalam kuali di atas sumber
haba langsung. Anda hendaklah mengalihkan kuali daripada haba dan biarkan ramuan menyejuk
sedikit sebelum anda mula meleceknya.
-
Jangan ketuk bar kentang pada sisi kuali semasa atau selepas melecek. Gunakan sudip untuk
mengeluarkan lebihan makanan.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua standard berkenaan medan elektromagnet (EMF). Jika perkakas
ini dikendalikan dengan betul dan mengikut arahan dalam manual pengguna ini, ia selamat untuk
digunakan berdasarkan bukti saintifik yang terdapat pada hari ini.
sebelum penggunaan pertama
Bersihkan dengan rapi semua bahagian yang bersentuhan dengan makanan sebelum anda
menggunakan perkakas pada kali pertama (lihat bab 'Membersihkan').
BaHasa MElayu
31

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Hr1653