Maklumat Keselamatan Penting; Menggunakan Perkakas; Memesan Aksesori - Philips FC6409 Important Information Leaflet

Hide thumbs Also See for FC6409:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Problem
FC6409: I cannot
connect the mini
turbo brush to the
appliance.
Bahasa Melayu
Pengenalan
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips! Untuk
memanfaatkan sepenuhnya sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftar
produk anda di www.philips.com/welcome.

Maklumat keselamatan penting

Baca maklumat penting ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
perkakas dan simpan maklumat ini untuk rujukan pada masa hadapan.
Bahaya
- Jangan memvakum air atau sebarang cecair lain. Jangan sekali-kali
sedut bahan mudah bakar dan jangan sedut abu selagi abu itu belum
sejuk.
- Jangan sekali-kali merendam perkakas atau penyesuai dalam air atau
sebarang cecair lain, atau membilasnya di bawah paip.
Amaran
- Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada penyesuai adalah
berpadanan dengan voltan sesalur kuasa tempatan anda sebelum anda
menyambungkan perkakas ini.
- Pastikan anda memeriksa perkakas setiap kali sebelum anda
menggunakannya. Jangan gunakan perkakas jika rosak, kerana ini boleh
menyebabkan kecederaan. Bahagian yang rosak hendaklah digantikan
dengan jenis yang asli sahaja.
- Jangan gunakan perkakas atau penyesuai sekiranya rosak.
- Jika penyesuai rosak, sentiasa gantikan dengan jenis asli bagi
mengelakkan bahaya.
- Jangan buka perkakas tersebut untuk menggantikan bateri boleh cas
semula.
- Penyesuai mengandungi pengubah. Jangan potong penyesuai untuk
menggantikannya dengan plag lain, kerana ini membawa kepada situasi
berbahaya.
- Untuk mengelakkan kerosakan, jangan masukkan minyak bereter atau
bahan yang serupa dalam tangki air atau membiarkan perkakas
menyedutnya.
- Jangan angkat atau condongkan muncung apabila tangki air dipasang
dan penuh, kerana air mungkin akan tersembur keluar daripada tangki
air.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk
kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau
kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka telah diberi
pengawasan atau arahan berkenaan dengan penggunaan perkakas ini
oleh orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka
tidak bermain dengan perkakas ini.
- Jauhkan perkakas dan kordnya dari capaian kanak-kanak.
- Cabut palam daripada soket sesalur sebelum membersihkan atau
menyelenggarakan perkakas.
Awas
- Hanya cas perkakas dengan penyesuai yang dibekalkan. Semasa
mengecas, penyesuai terasa panas untuk disentuh. Ini perkara biasa.
- Jangan pasang palam, cabut palam atau kendalikan perkakas dengan
tangan yang basah.
- Jangan cabut palam perkakas dengan menarik kord. Sentiasa cabut
palam dengan menarik palam kecil (Raj. 1) keluar daripada perkakas dan
penyesuai keluar daripada soket dinding (Raj. 2).
- Oleh sebab perkakas ini menggunakan air untuk dibersihkan, lantai
mungkin akan kekal basah dan licin buat seketika (Raj. 3).
- Untuk mencegah kerosakan, jangan masukkan lilin, minyak, produk
penyelenggaraan lantai atau pencuci lantai cecair yang tidak boleh
dicairkan dengan air ke dalam tangki air.
- Jangan campurkan pelbagai jenis pencuci lantai cecair. Apabila anda
sudah menggunakan sejenis pencuci lantai cecair, kosongkan dahulu
dan bilas tangki air sebelum anda menambah pencuci lantai cecair lain
ke dalam air dalam tangki air.
- Untuk mencegah kerosakan, jangan gunakan pencuci lantai cecair yang
tidak lut sinar ataupun keruh.
- Jangan melebihi kuantiti maksimum yang disebutkan pada botol
tersebut apabila anda menggunakan pencuci lantai cecair. Jangan
tambah lebih daripada beberapa titis pada air dalam tangki air, kerana
tangki ini mempunyai kapasiti sebanyak 200ml.
- Jangan bersihkan jalur besi pembasah dengan objek tajam kerana ini
boleh merosakkan jalur tersebut. Hanya bersihkan jalur pembasah
dengan membilasnya di bawah paip. Gantikan jalur pembasah apabila
anda tidak boleh membersihkannya lagi.
- Gantikan jalur pembasah dengan jalur yang asli sahaja. Untuk memesan
jalur baharu, lihat bab 'Memesan aksesori'.
- Bersihkan tangki air mengikut arahan. Tangki air tidak kalis mesin basuh
pinggan.
- Sentiasa matikan perkakas selepas menggunakannya dan apabila anda
mengecasnya.
- Jangan sekali-kali menghalang bukaan udara ekzos semasa memvakum.
- Selalu gunakan pembersih vakum dengan unit turas yang dipasang.
- Pastikan bahawa perkakas ini dipasang dengan lekapan dinding yang
dilekapkan pada dinding, mengikut arahan dalam manual pengguna.
- Untuk mengelak risiko kejutan elektrik, berhati-hatilah semasa
menggerudi lubang pada dinding untuk memasang lekapan dinding ini.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawaian dan peraturan yang berkuat
kuasa berkaitan dengan pendedahan kepada medan elektromagnet.

Menggunakan perkakas

Sekatan penggunaan
- Hanya gunakan tangki air di atas lantai keras yang mempunyai lapisan
atas yang kalis air (seperti linoleum, jubin berenamel dan parket
bervarnis) dan lantai batu (seperti marmar). Jika lantai anda belum
dirawat untuk menjadikannya kalis air, periksa dengan pengeluar sama
ada anda boleh menggunakan air untuk membersihkannya. Jangan
gunakan tangki air di atas lantai keras yang mempunyai kerosakan pada
lapisan atas kalis airnya.
- Hanya gunakan tangki air pada lantai linoleum yang dilekatkan dengan
betul untuk mencegah linoleum daripada ditarik ke dalam muncung
mop.
- Jangan gunakan tangki air untuk membersihkan permaidani.
- Jangan gerakkan perkakas dengan pemasangan tangki air di tepi, kerana
ini akan meninggalkan titisan air. Hanya bergerak ke hadapan dan
belakang.
Catatan: Tempoh masa hidup bergantung pada paras kuasa yang
digunakan semasa pembersihan.
Pad pengelap dan jalur pembasah (FC6409, FC6408)
FC6408 disediakan satu jalur pembasah dan dua pad pengelap mikrofiber
yang serupa.
FC6409 disediakan dua jalur pembasah dan dua pad pengelap mikrofiber
yang berlainan.
- Jalur pembasah dengan ikon dua titisan serta pad mengelap berwarna
akua dengan jalur luas sesuai untuk mengelap lantai berjubin.
- Jalur pembasah dengan ikon satu titisan serta pad mengelap biru terang
dengan jalur sempit sesuai untuk mengelap lantai kayu dan parket kalis
air dan laminat.
Menggunakan pencuci lantai cecair dalam tangki air
Jika anda ingin menambah pencuci lantai cecair pada air di dalam tangki air,
pastikan anda menggunakan pencuci lantai cecair kurang buih atau tidak
berbuih yang boleh dicairkan dalam air. Oleh sebab tangki mempunyai
kapasiti sebanyak 200ml, anda hanya perlu menambah beberapa titis
pencuci lantai cecair pada air.
Membersihkan tangki air
Untuk membersihkan tangki air, campurkan satu sukatan cuka dengan tiga
sukatan air. Tuangkan campuran ini ke dalam tangki air dan tutup
penutupnya. Goncang tangki air itu dan letakkan tangki air di atas
permukaan kalis air. Biarkan campuran air-cuka dalam tangki air
semalaman. Kemudian kosongkan tangki air itu, bilas dengan rapi
menggunakan air bersih dan gunakan semula seperti biasa.

Memesan aksesori

Untuk membeli aksesori atau alat ganti, lawati www.philips.com/parts-
and-accessories atau pergi ke wakil penjual Philips anda. Anda juga boleh
Possible cause
The roller brush is
blocked by fabric or
surfaces during
cleaning.
The mini turbo brush
is not fully closed.
The connector
between the mini
turbo brush and the
appliance is not
placed properly.
The connector
between the mini
turbo brush and the
appliance is not
present.
Solution
Keep the mini turbo brush
aligned with the surface and
do not push the turbo brush
into soft surfaces.
Make sure that the top and
bottom parts of the mini
turbo brush are properly
connected and there is no
gap between the two parts.
Check if the locking ring is in
closed position (see user
manual).
Make sure that the connector
is pushed into the mini turbo
brush as far as it goes.
You can remove the
connector from the mini
turbo brush, for instance for
thorough cleaning, but you
cannot connect the mini
turbo brush directly to the
appliance without the
connector. To reassemble the
mini turbo brush, first push
the connector into the mini
turbo brush as far as it goes
and then push the connector
into the nozzle of the
handheld vacuum cleaner.

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Fc6408Fc6409/01Fc6405/01Fc6404/31Fc6407/31

Table of Contents