LG PRADA KF900 User Manual page 9

Hide thumbs Also See for PRADA KF900:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

° Jangan buka bahagian-bahagian unit
ini. Bawanya ke juruteknik perkhidmatan
yang berkelayakan apabila kerja
pembaikan diperlukan.
° Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV,
radio, dan komputer peribadi.
° Unit ini hendaklah dijauhkan daripada
sumber haba seperti radiator atau dapur.
° Jangan jatuhkan.
° Jangan biarkan unit ini didedahkan pada
getaran atau kejutan mekanikal.
° Matikan telefon dalam sebarang kawasan
yang diperlukan mengikut peraturan
khas. Contohnya, jangan gunakan telefon
dalam hospital kerana ia menjejaskan
peralatan perubatan sensitif.
° Jangan kendalikan telefon anda dengan
tangan yang basah apabila ia sedang
dicas. Ia mungkin menyebabkan kejutan
elektrik dan kerosakan yang serius pada
telefon anda.
° Jangan cas telefon bimbit berdekatan
bahan mudah terbakar kerana telefon
bimbit tersebut boleh menjadi panas dan
menyebabkan bahaya api.
° Gunakan hanya kain kering untuk
membersihkan bahagian luar unit (jangan
gunakan pelarut seperti benzena, pencair
atau alkohol).
° Jangan caj telefon semasa ia berada di
atas kain hiasan.
° Telefon haruslah dicas di kawasan
pengudaraan yang baik.
° Jangan dedahkan unit ini kepada asap
atau habuk yang berlebihan.
° Jangan simpan telefon di sebelah kad
kredit atau tiket pengangkutan; ia
boleh menjejaskan maklumat pada jalur
magnetik.
° Jangan ketik skrin dengan objek yang
tajam kerana ia boleh merosakkan
telefon.
° Jangan dedahkan telefon kepada cecair
atau kelembapan.
° Gunakan aksesori seperti fon telinga
dengan berhati-hati. Jangan sentuh
antena jika tidak diperlukan.
OPERASI TELEFON YANG
CEKAP
PERANTI ELEKTRONIK
Semua telefon mudah alih mungkin
mendapat gangguan, yang boleh
menjejaskan prestasi.
° Jangan gunakan telefon mudah alih anda
berhampiran kelengkapan perubatan
tanpa meminta kebenaran. Elakkan
meletak telefon di atas perentak jantung,
contohnya, dalam poket dada anda.
° Sesetengah alat bantuan pendengaran
mungkin diganggu oleh telefon mudah
alih.
° Gangguan yang sedikit boleh menjejas
TV, radio, PC, dan sebagainya.
7

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents