LG PRADA KF900 User Manual page 34

Hide thumbs Also See for PRADA KF900:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Menukar tetapan mesej teks anda
Tetapan mesej KF900 anda telah
dipratetapkan supaya anda boleh
menghantar mesej dengan serta-merta.
Tetapan ini boleh ditukar mengikut
keutamaan anda.
Untuk menatal melalui senarai pilihan,
sentuh item terakhir yang boleh dilihat
dan luncurkan jari anda ke atas skrin.
Senarai akan naik ke atas supaya lebih
item kelihatan.
Sentuh Mesej kemudian pilih Tetapan dan
Mesej teks. Anda boleh buat perubahan
kepada:
° Pusat mesej teks: Masukkan butiran
32
pusat mesej anda..
° Laporan penghantaran: Gelangsarkan
suis sebelah kiri untuk terima
pengesahan bahawa mesej anda telah
dihantar.
° Tempoh kesahan: Pilih berapa lama
mesej anda akan disimpan dalam pusat
mesej.
° Jenis mesej: Tukar teks anda kepada
Suara, Faks, X.400 atau E-mel.
° Pengekodan aksara: Pilih bagaimana
aksara anda akan dikodkan. Ini akan
menjejaskan saiz mesej anda dan juga
caj data.
° Hantar teks panjang sebagai: Pilih
untuk menghantar mesej panjang
sebagai SMS Berbilang atau satu MMS.
Menukar tetapan mesej
multimedia anda
Tetapan mesej KF900 anda telah
dipratetapkan supaya anda boleh
menghantar mesej dengan serta-merta.
Tetapan ini boleh ditukar mengikut
keutamaan anda.
Sentuh Mesej kemudian pilih Tetapan
mesej dan Mesej multimedia. Anda boleh
buat perubahan kepada:
° Mod ambil semula: Pilih rangkaian
Rumah atau Perayauan. Jika kemudian
anda memilih Manual anda hanya akan
menerima pemberitahuan MMS dan anda
seterusnya boleh membuat keputusan
sama ada untuk memuat turun nya
sepenuhnya.
° Laporan penghantaran: Pilih untuk
membolehkan dan/atau meminta laporan
penghantaran.
° Baca balasan: Pilih untuk membenarkan
dan/atau menghantar balasan dibaca.
° Keutamaan: Pilih tahap keutamaan MMS
anda.
° Tempoh Kesahan: Pilih tempoh masa
mesej anda disimpan di pusat mesej.
° Tempoh slaid: Pilih berapa lama slaid
anda muncul pada skrin.
° Mod pembuatan: Pilih mod mesej anda.
° Masa penghantaran: Pilih berapa lama
sebelum mesej dihantar.
° Pusat mesej teks: Masukkan butiran
pusat mesej anda.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents