LG PRADA KF900 User Manual page 10

Hide thumbs Also See for PRADA KF900:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

KESELAMATAN DI JALAN RAYA
Periksa undang-undang dan peraturan
mengenai penggunaan telefon mudah
alih di kawasan anda memandu
° Jangan gunakan telefon pegang-tangan
semasa memandu.
° Beri perhatian penuh kepada pemanduan
anda.
° Gunakan kit bebas tangan, jika tersedia.
° Keluar dari jalan raya dan letak kereta
sebelum membuat atau menjawab
panggilan jika keadaan pemanduan
memerlukan anda berbuat demikian.
° Tenaga RF mungkin menjejaskan
sesetengah sistem elektronik dalam
kenderaan anda seperti stereo kereta
8
dan kelengkapan keselamatan.
° Apabila kenderaan anda dilengkapi
beg udara, jangan halangnya dengan
kelengkapan wayarles yang dipasang
atau yang mudah alih. Ia boleh
menyebabkan beg udara gagal atau
kecederaan yang serius jika tidak
berfungsi dengan betul.
° Jika anda mendengar muzik ketika
bergerak dan berjalan, sila pastikan
bahawa kelantangannya adalah pada
paras yang berpatutan agar anda sedar
akan keadaan di sekeliling anda. Ini
amat penting terutamanya semasa
berhampiran dengan jalan.
ELAKKAN KEROSAKAN KEPADA
PENDENGARAN ANDA
Kerosakan kepada pendengaran anda
boleh berlaku jika anda terdedah kepada
bunyi yang kuat untuk tempoh yang lama.
Oleh itu kami menyarankan agar anda
tidak menghidupkan atau mematikan
telefon bimbit terlalu hampir dengan
telinga anda. Kami juga menyarankan
bahawa kelantangan muzik dan panggilan
ditetapkan pada paras yang berpatutan.
BAHAGIAN-BAHAGIAN KACA
Sesetengah bahagian peranti mudah alih
anda diperbuat daripada kaca. Kaca ini
boleh pecah jika peranti mudah alih anda
dijatuhkan pada permukaan keras atau
menerima hentaman kuat. Jika kaca pecah,
jangan sentuh atau cuma mengalihkannya.
Berhenti menggunakan peranti mudah
alih anda sehingga kaca digantikan oleh
penyedia khidmat yang dibenarkan.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents