LG PRADA KF900 User Manual page 40

Hide thumbs Also See for PRADA KF900:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Menggunakan tetapan lanjutan
Dari pencari pandangan sentuh
membuka semua pilihan tetapan lanjut.
Tetapan pratonton
° Pendedahan: Nilai pendedahan
merujuk kepada jumlah cahaya bagi
sesuatu pendedahan. Apabila subjek
utama adalah lebih gelap daripada latar
belakang, tingkatkan nilai pendedahan.
Jika subjek adalah lebih cerah daripada
latar belakang, kurangkan nilai
pendedahan.
° Saiz: Tukar saiz foto untuk menyimpan
ruang memori atau ambil gambar
pratetap untuk membetulkan saiz untuk
kenalan. Lihat Menukar saiz imej pada
38
halaman 39.
° Kesan Warna: Pilih ton warna untuk
digunakan pada foto yang anda sedang
ambil. Lihat Memilih kesan warna pada
halaman 39.
° Imbangan putih: Pilih daripada Auto,
Pijar, Cerah, Pendaflour atau Mendung.
° Makro: Hidupkan untuk mengambil
tangkapan jarak dekat.
° Pemasa kendiri: Pemasa kendiri
membolehkan anda menetapkan tunda
selepas butang tangkap ditekan. Pilih
daripada 3 saat, 5 saat atau 10 saat.
Bagus untuk foto kumpulan yang anda
ingin sertai.
° ISO: ISO menentukan sensitiviti
pengesan cahaya kamera. Semakin tinggi
untuk
ISO, semakin sensitif kamera. Ini berguna
dalam keadaan lebih gelap apabila
denyar tidak boleh digunakan. Pilih nilai
ISO daripada Auto, ISO 100, ISO 200,
ISO 400 atau ISO 800.
° Kualiti: Pilih antara Sangat halus, Halus
dan Normal. Lebih halus kualitinya,
lebih tajam foto itu tetapi saiz fail akan
meningkat dan ini bermakna hanya
sedikit foto yang boleh anda simpan di
dalam memori telefon anda.
° Kamera Dalaman/Luaran: Untuk potret
sendiri, tukar kepada kamera dalaman
LG KF900.
Tetapan lain
° Memori: Pilih sama ada untuk
menyimpan foto anda kepada memori
Telefon bimbit atau kepada memori
Luaran.
° Penstabilan Imej: Membolehkan anda
mengambil foto tanpa kestabilan kamera
atau getaran.
° Fokus: Pilih daripada Hidup atau
Matikan.
° Bunyi pengatup: Pilih satu daripada tiga
bunyi pengatup.
° Skrin grid: Pilih daripada Mati, Silang
mudah atau Pembahagian tiga sama
° Tetap semula tetapan: Tetap semula
semua tetapan kamera.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents