LG GU285 User Manual page 85

Hide thumbs Also See for GU285:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

  • ENGLISH, page 212
Elakkan kerosakan pada
pendengaran anda
Kerosakan kepada pendengaran
anda boleh berlaku jika anda
terdedah kepada bunyi yang kuat
untuk tempoh yang lama. Kami
dengan ini mengesyorkan anda tidak
menghidupkan atau mematikan
telefon bimbit yang berhampiran
dengan telinga anda. Kami juga
menyarankan bahawa kelantangan
muzik dan panggilan ditetapkan pada
paras yang berpatutan.
Bahagian Kaca
Sebahagian dari peranti telefon
anda diperbuat dari kaca. Kaca ini
akan retak atau pecah jika telefon
anda terjatuh ke atas permukaan
yang keras atau menerima impak
yang kuat. Jika kaca retak atau
pecah, dinasihatkan supaya tidak
memegang atau cuba untuk
membuangnya. Sila berhenti
menggunakan telefon anda sehingga
kaca yang retak atau pecah telah
digantikan oleh agen yang dilantik.
Kawasan letupan
Jangan gunakan telefon di mana
peletupan sedang dijalankan.
Perhatikan sekatan,dan patuhi
sebarang peraturan atau undang-
undang.
Suasana berpotensi letupan
Jangan gunakan telefon anda di
tempat pengisian minyak.
Jangan gunakan berhampiran
bahan bakar atau bahan kimia.
Jangan angkut atau simpan
gas mudah terbakar, cecair
atau bahan letupan dalam
petak kenderaan anda yang
mengandungi telefon mudah alih
dan aksesori anda.
Di dalam kapal terbang
Peranti wayarles boleh menyebabkan
gangguan di dalam pesawat.
Matikan telefon mudah alih anda
sebelum menaiki apa-apa kapal
terbang.
Jangan gunakannya apabila
mendarat tanpa izin anak kapal.
13

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents