LG KM900 User Manual page 86

Hide thumbs Also See for KM900:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Garis panduan untuk penggunaan selamat
dan cekap
Apabila kenderaan anda
dilengkapi beg udara, jangan
halangnya dengan kelengkapan
wayarles yang dipasang atau yang
mudah alih. Ia boleh menyebabkan
beg udara gagal berfungsi atau
menyebabkan kecederaan serius
jika tidak berfungsi dengan betul.
Jika anda mendengar muzik
ketika bergerak dan berjalan, sila
pastikan bahawa kelantangannya
berada pada paras yang
berpatutan supaya anda sedar
akan persekitaran anda. Ini amat
penting terutamanya semasa
berhampiran dengan jalan.
Elakkan kerosakan kepada
pendengaran anda
Kerosakan kepada pendengaran
anda boleh berlaku jika anda
terdedah kepada bunyi yang kuat
untuk tempoh yang lama. Oleh itu
kami menyarankan agar anda tidak
menghidupkan atau mematikan
8
LG KM900
| Panduan Pengguna
telefon bimbit terlalu hampir
dengan telinga anda. Kami juga
menyarankan bahawa kelantangan
muzik dan panggilan ditetapkan
pada paras yang berpatutan.
Bahagian-bahagian Kaca
Sesetengah bahagian peranti
mudah alih anda diperbuat
daripada kaca. Kaca ini boleh
pecah jika peranti mudah alih anda
dijatuhkan pada permukaan keras
atau menerima hentaman kuat. Jika
kaca pecah, jangan sentuh atau
cuma mengalihkannya. Berhenti
menggunakan peranti mudah alih
anda sehingga kaca digantikan oleh
pembekal khidmat yang sah.
Kawasan letupan
Jangan gunakan telefon di tempat
peletupan sedang dijalankan.
Perhatikan sekatan, dan patuhi
sebarang undang-undang atau
peraturan.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents