Sharp FU-A28E Operation Manual page 14

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

ARAHAN KESELAMATAN PENTING
Apabila menggunakan perkakas elektrik, langkah berjaga-jaga keselamatan asas hendaklah
diikuti, termasuk yang berikut:
AMARAN
- Untuk mengurangkan risiko kejutan elektrik, kebakaran atau kecederaan kepada individu:
• Baca semua arahan sebelum menggunakan unit ini.
• Hanya gunakan salur keluar 220-240 volt.
• Jangan gunakan unit ini jika kord kuasa atau palamnya rosak, atau sambungan ke salur keluar dinding
longgar.
• Dari semasa ke semasa buang habuk yang melekat pada palam.
• Jangan masukkan jari atau objek asing ke dalam salur masuk atau salur keluar udara.
• Sentiasa pegang palam dan jangan sesekali tarik kordnya apabila hendak menanggalkan palam kuasa.
Kejutan elektrik dan/atau kebakaran yang berpunca daripada litar pintas mungkin berlaku.
• Jangan tanggalkan palam dengan tangan yang basah.
• Jangan gunakan unit ini berhampiran perkakas yang menggunakan gas atau tempat berdiang.
• Cabut palam kuasa daripada soket dinding sebelum membersihkan unit dan apabila unit tidak digunakan.
Kejutan elektrik yang berpunca daripada penebatan yang tidak baik dan/atau kebakaran daripada litar pintas mung-
kin berlaku.
• Jika kord kuasa rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, wakil servisnya, Pusat Servis Sharp yang sah atau
orang yang berkelayakan bagi mengelakkan bahaya.
• Jangan hidupkan unit ini semasa menggunakan penyembur pembunuh serangga atau di dalam bilik di mana
udaranya berminyak, kemenyan atau setanggi sedang dibakar, terdapat nyalaan api untuk menyalakan rokok,
udaranya berwasap bahan kimia atau dalam keadaan yang sangat lembap, seperti di dalam bilik air.
• Sila berhati-hati semasa membersihkan unit ini. Bahan pencuci yang kuat mengakis boleh merosakkan bahagian luar unit.
• Hanya Pusat Servis Sharp yang Sah boleh menservis pembersih udara ini. Sila hubungi Pusat Servis yang berdeka-
tan bagi sebarang masalah, pelarasan atau pembaikan.
• Perkakas ini tidak direka untuk digunakan oleh mereka (termasuk kanak-kanak) yang cacat tubuh badan, cacat
mental dan deria, atau kurang pengalaman dan pengetahuan, kecuali jika mereka diberikan penyeliaan atau arahan
tentang penggunaan perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
Kanak-kanak hendaklah diawasi bagi memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
NOTA
- Gangguan Radio atau TV:
Jika pembersih udara ini menyebabkan gangguan kepada penerimaan isyarat radio atau televisyen, cuba hilangkan
gangguan dengan mengambil satu atau lebih langkah-langkah berikut:
• Alih kedudukan antena penerima.
• Jauhkan unit dari penerima radio/TV/jam gelombang.
• Sambungkan alat ini kepada salur keluar pada litar yang berbeza dengan yang bersambung kepada penerima.
• Dapatkan nasihat daripada penjual atau juruteknik radio/TV yang berpengalaman.
AMARAN BERKAITAN OPERASI
• Jangan halang salur masuk dan/atau salur keluar udara.
• JANGAN gunakan unit bedekatan objek panas, seperti dapur masak atau alat pemanas atau di mana ia mungkin
terkena wap air.
• Jangan baringkan unit semasa menggunakannya.
• Sentiasa pegang pemegang di bahagian belakang unit apabila mengalihnya.
GARIS PANDUAN PEMASANGAN
• Elakkan lokasi di mana langsir atau dinding, dll. mungkin bersentuhan dengan salur masuk atau keluar udara.
Langsir atau dinding, dll., mungkin menjadi kotor atau unit mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik.
• Elakkan lokasi di mana unit terdedah kepada pemeluwapan, yang disebabkan oleh perubahan suhu yang
mendadak.
Jika tidak dapat dielakkan, sila biarkan unit berdiri selama 1 jam sebelum menghidupkannya.
Gunakan di bawah keadaan yang sesuai iaitu antara 0 dan 35˚C di dalam bilik.
• Letakkan di atas permukaan yang stabil dengan peredaran udara yang mencukupi.
Apabila meletakkan unit ini di atas kawasan yang ditutupi permaidani yang tebal, unit ini mungkin akan bergetar
sedikit.
• Jangan pasang unit ini di tempat yang mungkin berjelaga, seperti di dapur, dll.
Akibatnya, permukaan unit ini mungkin akan merekah.
GARIS PANDUAN PENAPIS
• Ikuti arahan di dalam manual ini untuk mengetahui cara penjagaan dan penyelenggaraan penapis yang betul.
M-2

Hide quick links:

Advertisement

Chapters

Table of Contents
loading

Table of Contents