Sharp FP-GM50E Operation Manual page 23

Air purifier with mosquito catcher
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

AMARAN BERKAITAN OPERASI
• Jangan halang salur masuk dan/atau salur keluar udara.
• Jangan gunakan unit berdekatan objek panas, seperti dapur masak atau alat pemanas atau
di mana ia mungkin terkena wap air.
• Jangan baringkan unit semasa menggunakannya.
• Sentiasa pegang pemegang di bahagian belakang unit apabila mengalihnya.
• Jangan gunakan apabila penapisnya tidak dipasang.
• Jangan cuci dan guna semula penapis HEPA dan penapis Penyahbau.
Bukan sahaja ia tidak meningkatkan prestasi penapis, ia mungkin menyebabkan kejutan
elektrik atau pincang tugas.
• Jangan lihat terus pada cahaya UV. Cahaya UV menepati standard IEC (62471).
AMARAN MENGENAI PENGGUNAAN KEPINGAN BERPELEKAT
• Kendalikan Kepingan Berpelekat dengan cermat. Elakkan kanak-kanak atau haiwan
peliharaan daripada menyentuh permukaan berpelekat.
• Jika pelekat terkena pada tangan atau pakaian, basuh ia dengan sabun dan air dengan
cepat dan sehingga betul-betul bersih selepas menyingkirkan bahan tersebut dengan
menggunakan minyak masak.
• Pengumpulan habuk dan kotoran pada kepingan boleh mengurangkan keberkesanan
Kepingan Berpelekat.
• Sekiranya tiada nyamuk yang terlekat pada kepingan, cuba tukar lokasi unit.
• Apabila membuang, sila lupuskan mengikut undang-undang dan peraturan pelupusan
tempatan.
• Ini ialah produk jenis pelekat yang selamat sepenuhnya. Tiada bahan beracun.
GARIS PANDUAN PEMASANGAN
• Apabila menggunakan unit ini, letakkan ia jauh dari perkakas yang menggunakan
gelombang elektrik seperti televisyen atau radio bagi mengelakkan gangguan elektrik.
• Elakkan daripada menggunakannya di lokasi di mana perabot, fabrik atau barang-barang
lain bersentuhan dengan salur masuk dan/atau salur keluar udara atau menghalang
salur tersebut.
• Elakkan daripada menggunakan unit ini di lokasi di mana ia mungkin terdedah kepada
pemeluwapan atau perubahan suhu yang mendadak. Keadaan yang paling sesuai ialah
apabila suhu bilik antara 0 – 35 ºC.
• Letakkan di atas permukaan yang stabil dengan peredaran udara yang mencukupi.
Apabila meletakkan unit ini di atas kawasan yang ditutupi permaidani yang tebal, unit ini
mungkin akan bergetar sedikit.
• Elakkan lokasi di mana gris atau asap berminyak dikeluarkan.
Akibatnya, permukaan unit ini mungkin akan merekah.
• Unit ini berkeupayaan mengutip habuk walaupun berada dekat dengan dinding, oleh
itu dinding dan lantai di sekelilingnya mungkin akan kotor. Sila letak unit agak jauh dari
dinding. Dinding yang betul-betul di belakang salur udara mungkin akan menjadi kotor
lama-kelamaan. Jika anda menggunakan unit ini agak lama di tempat yang sama, cuci
dinding bersebelahan dengannya secara berkala.
GARIS PANDUAN PENAPIS
• Ikuti arahan di dalam manual ini untuk mengetahui cara penjagaan dan penyelenggaraan
penapis yang betul.
M-3

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Fp-gm50l

Table of Contents