Siemens MW67440GB Instruction Manual page 12

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

ms
Arahan keselamatan penting
■ Jangan letak peralatan di atas atau berdekatan dengan
permukaan panas, seperti plat panas. Jangan biarkan kord kuasa
bersentuhan dengan bahagian panas atau menariknya di atas
bahagian sisi yang tajam.
■ Jangan sesekali meredam unit asa ke dalam cecair atau
memegangnya di bawah air yang mengalir dan jangan
bersihkannya menggunakan pembasuh pinggan mangkuk.
Jangan gunakan pembersih wap. Jangan kendalikan perkakas
dengan tangan yang basah.
■ Peralatan ini mestilah sentiasa dipisahkan dari punca kuasa
selepas setiap penggunaan,ketika tanpa penyeliaan, sebelum
pemasangan, penanggalan atau pembersihan dan kerosakan.
■ Sentiasa awasi perkakas semasa menggunakannya!
W Risiko kecederaan!
■ Jangan memasukkan palam sesalur sehingga semua persiapan
untuk bekerja dengan perkakas telah lengkap.
■ Gunakan pemasangan hanya setelah ia dipasang sepenuhnya.
Jangan sesekali memasang pemasangan pada unit asas.
■ Sebelum menukar alat ganti atau tambah, yang bergerak semasa
pengendalian, perkakas mestilah dimatikan dan dipisahkan
dari punca kuasa. Selepas dimatikan, pemacu berjalan untuk
seketika. Tunggu sehingga pemacu telah berhenti sepenuhnya.
■ Jika terdapat gangguan elektrik, perkakas kekal hidup dan akan
beroperasi semula selepas terdapatnya elektrik.
■ Jangan sentuh pisau dan sisi tajam sisipan pemotong dan
pemarut. Jangan sesekali memasukkan tangan ke dalam syaf
pengisi atau saluran keluar.
■ Untuk menolak, sentiasa gunakan penolak.
■ Jangan sesekali membersihkan pisau dan sisi tajam sisipan
pemotong dan pemarut dengan tangan kosong.
W Amaran!
■ Pastikan yang tiada bendasing berada di dalam syaf pengisi atau
pemasangan. Jangan ganggu di dalam syaf pengisi atau saluran
keluar menggunakan peralatan (cth. pisau, sudu).
■ Jangan sekali­kali menekan butang Hidup/Mati dan butang undur
pada masa yang sama. Sebelum menekan butang lain, tunggu
sehingga pemacu telah berhenti sepenuhnya. Risiko merosakkan
perkakas.
W Risiko lemas!
Jangan biarkan kanak­kanak bermain dengan bahan
pembungkusan.
12

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents