Sony GTK-XB60 Operating Instructions Manual page 80

Hide thumbs Also See for GTK-XB60:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Tentang Komunikasi BLUETOOTH
• Peranti BLUETOOTH harus digunakan
dalam jarak kira-kira 10 meter (jarak tidak
terhalang) di antara satu sama lain. Julat
komunikasi yang berkesan mungkin
menjadi lebih pendek dalam keadaan
berikut.
— Apabila manusia, objek logam,
dinding atau halangan lain berada di
antara peranti dengan sambungan
BLUETOOTH
— Lokasi tempat LAN wayarles dipasang
— Sekitar ketuhar gelombang mikro yang
sedang digunakan
— Lokasi tempat gelombang
elektromagnet lain dijana
• Peranti BLUETOOTH dan kelengkapan
LAN wayarles (IEEE 802.11b/g)
menggunakan jalur frekuensi yang
sama (2.4 GHz). Apabila menggunakan
peranti BLUETOOTH anda berdekatan
dengan peranti yang mempunyai
keupayaan LAN wayarles, gangguan
elektromagnetik mungkin berlaku. Ini
boleh mengakibatkan kadar pemindahan
data yang lebih rendah, hingar, atau
ketidakupayaan untuk menyambung. Jika
ini berlaku, cuba lakukan remedi yang
berikut:
— Gunakan sistem ini sekurang-
kurangnya 10 meter jauhnya dari
kelengkapan LAN wayarles.
— Matikan kuasa kelengkapan LAN
wayarles apabila menggunakan peranti
BLUETOOTH anda dalam jarak 10 meter.
— Gunakan sistem ini dan peranti
BLUETOOTH sedekat yang mungkin
antara satu sama lain.
• Gelombang radio yang disiarkan oleh
sistem ini boleh mengganggu operasi
sesetengah peranti perubatan. Oleh
sebab gangguan ini boleh menyebabkan
kerosakan, sentiasa matikan kuasa pada
sistem ini dan peranti BLUETOOTH di
lokasi yang berikut:
— Di hospital, dalam kereta api, dalam
kapal terbang, di stesen minyak, dan
di mana-mana tempat gas mudah
terbakar mungkin hadir
— Berhampiran pintu automatik atau
penggera kebakaran
• Sistem ini menyokong fungsi keselamatan
yang mematuhi spesifikasi BLUETOOTH
untuk memastikan penyambungan
yang selamat semasa komunikasi
menggunakan teknologi BLUETOOTH.
Walau bagaimanapun, keselamatan
ini tidak mencukupi bergantung pada
kandungan pengesetan dan faktor-
faktor lain, maka sentiasalah berhati-
hati semasa menjalankan komunikasi
menggunakan teknologi BLUETOOTH.
40
MY
• Sony tidak boleh dipertanggungjawabkan
dengan apa jua cara untuk ganti
rugi atau kerugian yang lain akibat
kebocoran maklumat semasa komunikasi
menggunakan teknologi BLUETOOTH.
• Komunikasi BLUETOOTH tidak semestinya
dijamin dengan semua peranti
BLUETOOTH yang mempunyai profil yang
sama dengan sistem ini.
• Peranti BLUETOOTH yang disambungkan
dengan sistem ini mestilah mematuhi
spesifikasi BLUETOOTH yang ditetapkan
oleh Bluetooth SIG, Inc., dan mesti
diperakui pematuhannya. Namun,
walaupun peranti mematuhi spesifikasi
BLUETOOTH, mungkin ada kes di
mana ciri-ciri atau spesifikasi peranti
BLUETOOTH yang menjadikannya
mustahil untuk menyambung, atau boleh
menyebabkan kaedah kawalan, paparan
atau operasi yang berlainan.
• Hingar mungkin berlaku atau audio
mungkin terputus bergantung pada
peranti BLUETOOTH yang disambungkan
dengan sistem ini, persekitaran
komunikasi, atau keadaan sekeliling.

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Gtk-xb90

Table of Contents