Pemasangan; Tambah Bahan Api; Ciri Dan Kawalan - Briggs & Stratton GS2200 Operator's Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

Pemasangan

Penjana anda sedia untuk digunakan selepas ia telah diservis dengan betul
menggunakan bahan api atau minyak yang disarankan.
Jika anda mempunyai apa-apa masalah dalam menservis penjana anda, hubungi pusat
servis Briggs & Stratton tempatan anda. Jika anda memerlukan bantuan, sila sediakan
model, edisi, dan nombor siri dari label pengenalan. Lihat Ciri-ciri dan Kawalan untuk
lokasi label pengenalan.
Mengeluarkan Penjana
1. Letakkan kotak pada permukaan yang rata dan stabil.
2. Keluarkan semua barang dari kotak.
3. Buka kotak sepenuhnya dengan memotong setiap penjuru dari atas ke bawah.
2
4
Gambarajah
Menambah Minyak
1. Letakkan penjana pada permukaan yang rata.
2. Bersihkan sebarang serpihan dari kawasan mengisi minyak.
3. Untuk menambahkan minyak, tuangkan minyak dengan perlahan ke dalam
tangki minyak enjin (B).
4. Keluarkan batang celup (c) dan lap dengan kain bersih.
5. Masukkan batang celup tetapi jangan diskru masuk. Tahap minyak seharusnya
berada pada tanda PENUH (d). Tambahkan minyak jika diperlukan untuk
mencapai tanda PENUH.
6. Tutup dan ketatkan batang celup.
NOTIS Pengendalian penjana yang tidak betul boleh merosakkannya dan
memendekkan tempoh hayatnya.
• JANGAN cuba mengengkol atau menghidupkan enjin sebelum ia diservis dengan
minyak yang disarankan. Ini boleh mengakibatkan kerosakan enjin.
1
3
Gambarajah

tambah Bahan api

Bahan api mesti memenuhi peraturan-peraturan berikut:
• Petrol yang bersih, baru, tanpa plumbum
• Minimum 87 oktana/87 KI (91 RON). Untuk kegunaan pada altitud yang tinggi,
lihat Altitud Tinggi.
• Petrol dengan sehingga 10% etanol (gasohol) boleh digunakan.
NOTIS Jangan menggunakan gasolin yang tidak diluluskan, seperti E15 dan E85.
Jangan mencampurkan minyak ke dalam gasolin atau mengubah suai enjin untuk
menggunkan bahan api yang lain. Penggunaan bahan api yang tidak diluluskan akan
merosakkan komponen-komponen enjin dan membatalkan waranti enjin.
Untuk melindungi sistem bahan api dari pembentukan gam, campurkan penstabil bahan
api ke dalam bahan api. Lihat Penyimpanan. Tidak semua bahan api adalah sama. Jika
masalah menghidupkan enjin dan prestasi berlaku, tukar pembekal bahan api atau tukar
jenama. Enjin ini disahkan untuk beroperasi dengan menggunakan gasolin. Sistem
kawalan pengeluaran sisa untuk enjin ini ialah EM (Pengubah suaian Enjin).
aMaran Bahan api dan wapnya adalah sangat mudah terbakar dan meletup
yang boleh menyebabkan melecur, kebakaran atau letupan
yang mengakibatkan kematian, kecederaan serius dan/atau
kerosakan harta benda.
seMasa MenaMBaH BaHan aPi
• Pusingkan enjin penjana ke kedudukan TUTUP dan biarkan ia menyejuk sekurang-
kurangnya 2 minit sebelum membuka tukup bahan api. Longgarkan tukup
perlahan-lahan untuk melegakan tekanan dalam tangki.
• Isikan tangki dengan bahan api di kawasan luar.
• JANGAN terlebih mengisi tangki. Benarkan ruang untuk pengembangan bahan api.
• Jika bahan api tertumpah, tunggu sehingga ia menyejat sebelum memulakan enjin.
• Jauhkan bahan api dari percikan, nyalaan terbuka, api kawalan, haba dan sumber
pencucuhan yang lain.
• Semak paip bahan api, tukup tangki dan kelengkapan secara kerap untuk
mengesan sebarang retakan atau kebocoran. Gantikan jika perlu.
• JANGAN menyalakan atau menghisap rokok.
1. Bersihkan kawasan di sekitar penutup tangki bahan api, tanggalkan penutup.
2. Tambahkan bahan api tanpa plumbum (a) dengan perlahan-lahan ke tangki
bahan api (B). Berhati-hati supaya tidak mengisi lebih daripada penunjuk tahap
bahan api yang berwarna merah (c). Ini memberikan ruang yang mencukupi
untuk pengembangan bahan api seperti yang ditunjukkan.
3. Tutup penutup bahan api dan biarkan sebarang bahan api yang tertumpah
menyejat terlebih dahulu sebelum menghidupkan enjin.
Indonesia
id
altitud tinggi
Pada ketinggian yang melebihi 5,000 kaki (1524 meter), minimum 85 oktana /
85 AKI (89 RON) gasolin boleh digunakan. Untuk memastikan pematuhan terhadap
pengeluaran sisa, penyelarasan untuk altitud tinggi diperlukan. Operasi tanpa
penyelarasan ini akan menyebabkan prestasi yang berkurangan, penggunaan bahan api
yang meningkat, dan meningkatkan pengeluaran sisa. Hubungi Pengedar Servis Briggs
& Stratton yang Sah untuk maklumat penyelarasan altitud tinggi.
Menggunakan enjin pada ketinggian di bawah 2,500 kaki (762 meter) dengan pek
altitud tinggi adalah tidak disarankan.
Gambarajah
Bagi model yang mempunyai enjin penghidupan elektrik, sambungkan wayar bateri
negatif kepada bateri seperti berikut:
1. Potong pengikat yang mengikat wayar negatif (hitam).
2. Dengan menggunakan perengkuh soket 8 mm, buka skru (a),
3. Sorong sesendal pengunci, sesendal rata dan wayar bateri negatif (d) ke atas
4. Letakkan semula skru kepada kepala bateri negatif dan ketatkan.
5. Pastikan sambungan ke bateri dan penjana adalah ketat.
NOTIS Jika bateri anda telah dinyahcas, caskannya sebelum digunakan mengikut
arahan dalam bahagian Pengecas Bateri.
Gambarajah
a
B
c
d
e
F
g
H
j
k
L
M
n
Kmer
Vi t
th
vi
kh
5
Pasang wayar Bateri negatif
kunci sesendal (B) dan ratakansesendal (c) pada kepala bateri negatif.
skru seperti yang ditunjukkan.
ciri-ciri dan kawalan
1
Baca Manual operasi dan peraturan-peraturan keselamatan ini sebelum
menggunakan penjana anda. Bandingkan ilustrasi dengan penjana anda,
untuk membiasakan diri anda dengan lokasi pelbagai kawalan dan
penyelarasan. Simpan manual ini untuk rujukan masa hadapan.
nombor Pengenalan enjin - Memberikan model, jenis dan kod enjin. Sila
sediakan maklumat ini jika anda menelefon untuk meminta bantuan.
nombor Pengenalan Penjana - Memberikan model dan nombor siri penjana.
Sila sediakan maklumat ini jika anda menelefon untuk meminta bantuan.
tangki Bahan api - Periksa dan tuang bahan api tanpa plumbum di sini.
soket arus ulang-alik (ac) - Boleh digunakan untuk membekalkan kuasa
elektrik untuk operasi muatan arus ulang-alik, fasa tunggal, elektrik,
pencahayaan, kelengkapan, alat dan motor.
tolok Bahan api - Memaparkan jumlah bahan api yang ada dalam tangki
bahan api.
Pengikat Pembumian - Bincang dengan agensi tempatan anda yang
mempunyai bidang kuasa untuk keperluan pembumian di kawasan anda.
Pemutus Litar - Bekas soket dibekalkan dengan pemutus litar untuk
melindungi penjana terhadap muatan elektrik yang berlebihan.
voltmeter - Digunakan untuk mengukur potensi elektrik.
Penutup tangki Minyak/Batang celup - Periksa dan tuang minyak enjin di sini.
Penyumbat Penyalir Minyak - Menyalirkan minyak enjin di sini.
injap Bahan api - Digunakan untuk menghidupkan dan mematikan bekalan
bahan api ke enjin.
Pemula anjalan - Digunakan untuk menghidupkan enjin secara manual.
Pembersih udara - Melindungi enjin dengan menapis habuk dan serpihan
keluar dari udara yang masuk.
Peredam Penangkap Pencucuh - Peredam ekzos merendahkan bunyi enjin
dan lengkapkan dengan skrin penangkap pencucuh.
Burmese
Melayu
my
ms
7 7

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Gs3500Gs5500Gs5500e

Table of Contents