Download Print this page

Bahasa Melayu - Philips InfraCare HP3631 Manual

300 watt
Hide thumbs Also See for InfraCare HP3631:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

BaHasa MElayu

18
Pengenalan
Tahniah ke atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat
sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.
com/welcome.
Dengan InfraCare anda boleh merawat masalah otot dengan selesa dan melegakan kesakitan di
rumah. Seperti matahari, perkakas mengeluarkan cahaya inframerah. Penuras khas hanya
membenarkan jenis cahaya yang diperlukan untuk mencapai kesan terapeutik yang dikehendaki.
Perihalan umum (gamb. 1)
Petak bateri
A
Pemasa
B
Bingkai lampu dengan sesiku boleh laras
C
Kipas
D
Tapak
E
Butang hidup/mati dengan lampu hidup kuasa
F
Penapis
G
Lampu halogen inframerah
H
Gegenggaman tangan
I
Penting
am
-
Simbol pada InfraCare mempunyai maksud berikut:
1
Simbol ini membari amaran kepada anda mengenai permukaan yang panas (Gamb. 2).
2
Simbol ini menunjukkan bahawa anda perlu membaca manual pengguna ini dengan berhati-hati
sebelum anda menggunakan perkakas. Simpan manual pengguna untuk rujukan masa
hadapan (Gamb. 3).
3
Simbol ini menunjukkan bahawa perkakas ini didwitebatkan (Kelas II) (Gamb. 4).
-
Perkakas ini memenuhi keperluan Arahan Alat Perubatan MDD93/42/EEC.
Bahaya
-
Air dan eletrik adalah kombinasi yang berbahaya! Jangan gunakan perkakas ini di dalam
persekitaran yang basah (contohnya di dalam bilik air atau berhampiran dengan pancuran atau
kolam mandi).
-
Jangan benarkan air memasuki perkakas atau tumpahkan air ke atas perkakas.
amaran:
-
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa
setempat sebelum anda menyambungkan perkakas.
-
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips
atau pihak yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
-
Jangan tinggalkan perkakas tanpa pengawasan semasa ia dihidupkan.
-
Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk kegunaan oleh orang yang kurang upaya dari segi fizikal,
deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka diawasi atau
diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas
keselamatan mereka.
-
Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunkan oleh kanak-kanak. Kanak-kanak hendaklah
diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
awas
-
Sekiranya soket dinding yang disambungkan dengan perkakas ini mempunyai sambungan yang
lemah, plag perkakas akan menjadi panas. Sila pastikan anda memasang plag perkakas ke dalam
soket dinding yang disambungkan dengan baik.
-
Jangan biarkan perkakas terkena kejutan kuat.

Hide quick links:

Advertisement

loading