Cara Mengukus Makanan (Menggunakan Bekas Mengukus) - Panasonic SR-TP184 Operating Instructions Manual

Electric rice cooker
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

CARA MENGUKUS MAKANAN
(Menggunakan Bekas Mengukus)
1. Dengan cawan penyukat yang diberikan, masukkan 2 cawan air ke dalam periuk.
2. Masukkan bekas mengukus ke dalam periuk.
3. Masukkan periuk ke dalam badan.
Masukkan makanan ke dalam bekas mengukus (Letak makanan di dalam bekas
berasingan jika perlu)
Jika permukaan luar periuk basah, ia boleh menyebabkan bunyi gemeretak
apabila periuk nasi semakin panas. Ini boleh merosakkan periuk nasi. Oleh itu,
pastikan ia dalam keadaan kering sebelum digunakan.
Pastikan tudung wap dipasang dengan betul.
4. Tutup tudung luar sehingga berbunyi klik.
Sila pastikan tudung wap dipasang dengan betul.
Pasang penyambung ke soket periuk nasi dan pasangkan palam
ke sumber bekalan kuasa. Tekan butang suis untuk fungsi
memasak. Penunjuk memasak akan menyala.
Jika tudung luar tidak ditutup dengan betul,
kecekapan pengukusan akan terjejas.
Jangan pasang palam sehingga anda mahu mula memasak.
Jika periuk tiada di dalam badan, pengukusan tidak akan mula.
Tekan suis pemilih kepada 'Rice' sebelum menekan butang suis untuk fungsi memasak.
5. Tempoh mengukus dilakukan secara manual dengan memeriksa keadaan makanan dari masa ke masa.
* Periuk nasi ini akan bertukar secara automatik kepada kekal panas apabila air di dalam periuk habis.
* Buka tudung luar dengan perlahan untuk mengelak air menitis keluar dari tudung luar.
6. Apabila selesai mengukus, matikan periuk nasi dengan mematikan sumber
bekalan kuasa dan mencabut palam.
Fungsi kekal panas berterusan sehingga sumber bekalan kuasa dimatikan.
7. Keluarkan makanan, diikuti bekas mengukus dan akhir sekali buang air dari periuk.
Catatan
Tunggu sehingga makanan sejuk dan tiada wap keluar dari tudung wap sebelum membuka tudung luar.
Kemudian periksa sama ada makanan dimasak seperti yang diingini.
Apabila memasak nasi sambil mengukus makanan, jangan masak lebih 6 cawan beras dan jangan buka
tudung luar sehingga nasi dimasak.
(Lebih baik anda pilih makanan yang mempunyai masa pengukusan yang sama seperti masa memasak nasi.)
28
RZ19CZ01 T0914-0_MA.indb 28
RZ19CZ01 T0914-0_MA.indb 28
Bekas Mengukus
Air
Palam
Penyambung
10/9/57 BE 9:47 AM
10/9/57 BE 9:47 AM

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents