Huawei P8 Quick Start Manual page 54

Hide thumbs Also See for P8:
Table of Contents

Advertisement

Pelupusan peranti dan aksesorinya tertakluk kepada peraturan tempatan.
Sokong pengumpulan yang betul dan kitar semula.
Pematuhan perundangan EU
Pengendalian dipakai pada badan
Peranti mematuhi spesifikasi RF apabila digunakan berdekatan telinga anda
atau pada jarak 1.5 cm dari badan anda. Pastikan aksesori peranti seperti
bekas peranti dan pemegang peranti tidak mempunyai komponen logam.
Pastikan peranti jauh dari badan anda untuk memenuhi keperluan jarak.
Maklumat Pensijilan (SAR)
Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan kepada gelombang radio.
Peranti anda adalah pemancar dan penerima radio berkuasa rendah. Seperti
yang disyorkan oleh garis panduan antarabangsa, peranti ini direka untuk
tidak melebihi had pendedahan kepada gelombang radio. Garis panduan ini
dibangunkan oleh Suruhanjaya Perlindungan Sinaran Bukan Pengion (ICNIRP),
organisasi saintifik bebas dan termasuk langkah keselamatan yang direka
50
untuk memastikan keselamatan untuk semua pengguna, tanpa mengira umur
dan kesihatan.
Kadar Penyerapan Khusus (SAR) adalah unit yang mengukur jumlah tenaga
frekuensi radio yang diserap oleh badan semasa menggunakan peranti. Nilai
SAR ditentukan pada aras kuasa tertinggi yang disahkan dalam keadaan
makmal, tetapi tahap SAR yang sebenar apabila digunakan boleh berada di
bawah nilai. Ini disebabkan oleh peranti direka untuk menggunakan kuasa
minimum yang diperlukan untuk mencapai rangkaian.
Had SAR yang diguna pakai oleh Eropah ialah 2.0 W/kg dipuratakan pada
10 gram tisu, dan nilai SAR tertinggi untuk peranti ini mematuhi had ini.
HUAWEI GRA-L09
Nilai SAR tertinggi dilaporkan untuk jenis peranti ini apabila digunakan pada
telinga ialah 1.720 W/kg, dan apabila dipakai dengan betul pada badan ialah
0.473 W/kg.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents