Huawei P8 Quick Start Manual page 53

Hide thumbs Also See for P8:
Table of Contents

Advertisement

Pastikan peranti jauh dari sumber haba dan api, seperti pemanas, ketuhar
gelombang mikro, dapur, pemanas air, radiator atau lilin.
Menggunakan penyesuai kuasa, pengecas atau bateri yang tidak diluluskan
atau tidak serasi boleh menyebabkan kebakaran, letupan atau bahaya lain.
Hanya gunakan Penyesuai AC/Pembekal Kuasa yang tersenarai:
HW-050100E2W, HW-050100U2W, HW-050100B2W,
HW-050100A2W , HW-050100E01, HW-050100B01,
HW-050100A01, HW-050100U01.
Untuk peranti yang boleh dipalam, salur keluar soket perlu dipasang
berhampiran peranti dan boleh diakses dengan mudah.
Pastikan bateri jauh dari kepanasan berlebihan dan cahaya matahari terus.
Jangan letakkannya pada atau dalam peranti pemanasan, seperti ketuhar
gelombang mikro, alat pemanas atau radiator. Bateri boleh meletup jika
terlampau panas.
Jangan buang bateri ke dalam api kerana ia mungkin meletup. Bateri yang
telah rosak juga boleh meletup.
Buang bateri yang digunakan mengikut peraturan tempatan. Penggunaan
bateri dengan salah boleh menyebabkan kebakaran, letupan atau bahaya
lain.
Peranti mempunyai bateri terbina dalam yang tidak boleh dicabut. Jangan
cuba cabut bateri, jika tidak, peranti mungkin rosak. Untuk menggantikan
bateri, bawa peranti ke pusat perkhidmatan yang dibenarkan.
Peranti dan aksesorinya bukan bertujuan untuk kegunaan kanak-kanak.
Kanak-kanak hanya boleh menggunakan peranti dengan penyeliaan orang
dewasa.
Perlindungan alam sekitar
Peranti dan aksesorinya (jika disertakan), seperti penyesuai kuasa, alat
dengar dan bateri tidak boleh dilupuskan dengan sampah rumah.
49

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents