Philips HR7951 User Manual page 30

Hide thumbs Also See for HR7951:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Pengisar
Sebelum bermula, pastikan anda memasangnya
mengikut Rajah 3.
Pengisar: untuk mengisar smoothie, susu kocak,
jus dan menghancurkan ais
Ikut kuantiti, masa pemprosesan dan kelajuan
yang disarankan seperti yang dinyatakan dalam
Rajah. 9.
Untuk menghancurkan ais, putarkan tombol ke
kelajuan P berulang kali sehingga ais dikisar halus.
Nota
Jangan sesekali membuka penutup untuk memasukkan
tangan anda atau sebarang objek ke dalam balang
semasa pengisar dijalankan.
Sentiasa pasangkan gelang sendal pada unit bilah
sebelum anda sambungkan unit bilah pada balang
pengisar.
Untuk menambah ramuan cecair semasa mengisar,
tuangkannya ke dalam balang pengisar melalui lubang
suapan dengan mengeluarkan cawan penyukat.
Potongkan ramuan terlebih dahulu menjadi ketulan kecil
sebelum anda memprosesnya.
Jika anda hendak menyediakan jumlah yang besar, proses
kelompok yang kecil bahan-bahannya dan bukan dengan
jumlah yang besar sekali gus.
Untuk mengelakkan tertumpah: Apabila anda
memproses cecair yang cenderung untuk membuih
(contohnya, susu), jangan letakkan melebihi 1 liter cecair
di dalam balang pengisar.
Letakkan ramuan ke dalam balang pengisar tidak
melebihi penanda tahap maksimum.
Pemproses makanan
Unit pisau
Sebelum bermula, pastikan anda memasangnya
mengikut Rajah 4.
Unit bilah: untuk mencincang, mengadun dan
memuri ramuan
Untuk membersihkan makanan yang melekat
pada bilah atau dinding mangkuk, hentikan
pemprosesan dan matikan perkakasan terlebih
dahulu, kemudian gunakan spatula.
MS-MY
36
Nota
Letakkan pisau di dalam mangkuk setiap kali sebelum
anda mula memasukkan bahan ramuan.
Jangan gunakan unit bilah untuk memotong ramuan
keras, seperti biji kopi, kunyit, buah pala dan kiub ais,
kerana ia boleh menyebabkan pisau menjadi tumpul.
Jangan biarkan perkakas dijalankan terlalu lama apabila
anda memotong keju (keras) atau coklat. Jika tidak
ramuan ini menjadi terlalu panas, mula mencair dan
menjadi berketul-ketul.
Cakera dengan sisip
Sebelum bermula, pastikan anda memilih sisipan
yang anda kehendaki antara yang berikut dan
pasang berdasarkan Rajah. 5.
Sisipan pembutiran: untuk membutirkan bahan
menjadi cebisan yang kecil atau halus
Sisipan penghirisan: untuk menghiris bahan
Sisipan pemayangan: untuk memayang bahan
menjadi jaluran nipis
Awas
Berhati-hati semasa anda mengendalikan pisau
pemotong sisip cakera. Mata pemotongnya sangat
tajam.
Jangan gunakan sisip cakera ini untuk memproses bahan
yang keras, seperti kiub ais.
Jangan beri terlalu banyak tekanan pada penolak apabila
anda menekan ramuan ke dalam tiub suapan.
Nota
Potongkan ramuan besar dahulu menjadi ketulan yang
muat dalam tiub suapan.
Ikuti langkah di bawah untuk memasang sisip
cakera (Langkah 1 dalam Rajah 5).
1
Letakkan bukaan sisip pada aci pemegang
sisip.
2
Tolak bukaan sisip pada unjuran pada aci.
3
Tekan sisip ke dalam pemegang sisip
sehingga terkunci pada kedudukan dengan
bunyi klik.

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Hr7954Hr7958Hr7974Hr7975

Table of Contents