Download Print this page

Philips RQ1197 User Manual page 91

Hide thumbs Also See for RQ1197:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
-
HQ8505 penyesuai
-
RQ11 Philips Pemegang Kepala Pencukur
-
HQ110 Philips Semburan Pembersih Kepala Pencukur
-
HQ200 Philips Cecair Pembersih
-
Alat tambahan Penggaya Janggut RQ111
Pemegang kepala pencukur
-
Kami menasihatkan anda agar mengganti pemegang kepala pencukur
setiap dua tahun. Sentiasa gantikan pemegang kepala pencukur dengan
Pemegang Kepala Pencukur Philips RQ11 yang tulen.
Pembersihan
-
RQ1197CC, RQ1195CC, RQ1185CC, RQ1180CC, RQ1175CC
sahaja: gunakan Larutan Pembersih Jet (HQ200) untuk membersihkan
kepala pencukur dengan
-
Jangan buang pencukur dan Sistem Pembersih Jet (RQ1197CC,
RQ1195CC, RQ1185CC, RQ1180CC, RQ1175CC sahaja) dengan
sampah rumah yang biasa pada akhir hayatnya, sebaliknya serahkan ke
pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan berbuat demikian,
anda membantu memelihara alam sekitar.
-
Bateri pencukur boleh cas semula terbina dalam mengandungi bahan
yang boleh mencemarkan alam sekitar. Pastikan anda mengeluarkan
bateri sebelum membuang atau menyerahkan pencukur di pusat
pungutan rasmi. Buang bateri ini di pusat pungutan rasmi bagi bateri. Jika
anda menghadapi masalah untuk mengeluarkan bateri, anda juga boleh
membawa perkakas ini ke pusat servis Philips. Kakitangan pusat ini akan
mengeluarkan bateri ini untuk anda dan akan membuangnya dengan
cara yang selamat bagi alam sekitar.
Mengeluarkan bateri pencukur boleh cas semula
Hanya keluarkan bateri boleh cas apabila anda membuang pencukur.
Pastikan baterinya benar-benar telah habis semasa anda mengeluarkannya.
Berhati-hati, jalur bateri sangat tajam.
1
Tanggalkan panel belakang pencukur dengan pemutar skru.
2
Keluarkan bateri boleh cas semula.
Jaminan dan sokongan
Jika anda perlukan maklumat atau sokongan, sila lawati
www.philips.com/support atau baca risalah jaminan sedunia.
Sekatan jaminan
Kepala pencukur (pemotong dan pelindung pencukur) tidak diliputi oleh
terma jaminan antarabangsa kerana ia terdedah kepada kelusuhan.
BAHASA MELAYU
kerap.Alam sekitar
93

Advertisement

loading