Sony DSC-T110 Instruction Manual page 99

Cyber-shot
Hide thumbs Also See for DSC-T110:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Nota-nota mengenai skrin LCD
• Skrin LCD dibuat dengan menggunakan teknologi kepersisan sangat tinggi.
Oleh itu, lebih daripada 99.99% piksel boleh berfungsi untuk penggunaan
berkesan. Walau bagaimanapun, beberapa titik hitam kecil dan/atau titik
terang (berwarna putih, merah, biru atau hijau) mungkin dipapar pada skrin
LCD. Titik-titik ini adalah normal dalam proses pembuatan dan tidak
menjejas rakaman.
• Jika titisan air atau cecair lain terpercik pada skrin LCD dan membuatnya
basah, lap skrin dengan segera dengan menggunakan kain lembut. Kualiti
boleh terjejas dan pincang tugas mungkin berlaku jika cecair ditinggalkan
pada permukaan skrin LCD.
• Jangan tekan skrin LCD. Skrin mungkin menjadi nyahwarna dan ini
mungkin menyebabkan pincang tugas.
Sila gunakan aksesori tulen Sony
Jika anda menggunakan aksesori yang dibuat oleh syarikat selain Sony, ini
boleh mengakibatkan masalah kepada kamera.
• Menggunakan bekas kamera pengeluar lain yang bermagnet boleh
menyebabkan masalah bekalan kuasa.
Mengenai suhu kamera
Kamera dan bateri anda mungkin menjadi panas disebabkan oleh penggunaan
berterusan, tetapi ia bukan satu pincang tugas.
Mengenai perlindungan terlebih panas
Bergantung pada kamera dan suhu bateri, anda mungkin tidak dapat merakam
wayang atau kuasa mungkin dimatikan secara automatik untuk melindungi
kamera.
Mesej dipaparkan pada skrin LCD sebelum kuasa dimatikan atau anda tidak
lagi boleh merakam wayang. Dalam kes sedemikian, tunggu sehingga kamera
dan bateri telah menjadi dingin sepenuhnya, dengan kuasa terpadam. Jika anda
menghidupkan kuasa sebelum mereka menjadi dingin sepenuhnya, kuasa
mungkin terpadam sekali lagi atau anda mungkin tidak boleh merakam
wayang gambar.
Mengenai pengecasan bateri
Dalam kes-kes luar biasa, satu bateri yang belum digunakan untuk satu jangka
masa yang panjang mungkin tidak boleh dicaskan secara optimum. Ini adalah
disebabkan ciri-ciri bateri dan bukan satu pincang tugas. Caskan bateri sekali
lagi.
MY
MY
7

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Dsc-t110d

Table of Contents