Langkah Berjaga-Jaga - Sony DSC-T110 Instruction Manual

Cyber-shot
Hide thumbs Also See for DSC-T110:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

Langkah berjaga-jaga

Jangan guna/simpan kamera di tempat-tempat berikut
• Di tempat yang amat panas, sejuk atau lembap
Di tempat-tempat seperti dalam kereta yang diletakkan di tengah cuaca terik,
badan kamera mungkin menjadi cacat dan ini mungkin menyebabkan pincang
tugas.
• Di bawah pancaran cahaya matahari atau berdekatan pemanas
Badan kamera mungkin berubah warna atau berubah bentuk dan ini mungkin
menyebabkan pincang tugas.
• Di lokasi yang mengalami gegaran yang kuat
• Berhampiran kawasan magnet yang kuat
• Di tempat-tempat berpasir atau berdebu
Berhati-hati dan jangan biarkan pasir atau debu memasuki kamera. Ini mungkin
menyebabkan kamera pincang tugas, dan dalam sesetengah kes pincang tugas ini
tidak boleh dibaiki.
Mengenai pembawaan
Jangan duduk atas kerusi atau di tempat lain dengan kamera di kocek belakang
seluar atau skirt anda kerana ini mungkin menyebabkan pincang tugas atau
kerosakan pada kamera.
Mengenai pencucian
Mencuci skrin LCD
Lapkan permukaan skrin dengan kit pencuci LCD (dijual berasingan) untuk
menghilangkan kesan cap jari, debu, dll.
Mencuci lensa
Lapkan lensa dengan sehelai kain lembut untuk menghilangkan kesan cap jari, debu,
dll.
Mencuci permukaan kamera
Bersihkan permukaan kamera dengan sehelai kain lembut yang dilembapkan sedikit
dengan air, kemudian lapkan permukaan dengan sehelai kain kering. Untuk
mengelak kerosakan pada kemasan atau selongsong:
– Jangan dedahkan kamera pada bahan-bahan kimia seperti pencair, benzin, alkohol,
kain pakai buang, penghalau serangga, krim pelindung matahari atau racun
serangga.
– Jangan sentuh kamera dengan mana-mana bahan di atas di tangan anda.
– Jangan biarkan kamera bersentuhan dengan getah atau vinil bagi satu jangka masa
yang panjang.
Mengenai suhu pengoperasian
Kamera anda telah direka bentuk untuk digunakan dalam suhu antara 0°C dengan
40°C. Mengambil gambar di tempat-tempat yang terlalu sejuk atau panas yang
melampaui julat ini adalah tidak digalakkan.
MY
MY
27

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Dsc-t110d

Table of Contents